Restoran Lontong Klang Menawarkan Lontong Unik Ciptaan Orang Klang

Lontong bukanlah asing kepada orang Malaysia terutama mereka yang berasal dari Johor. Juadah lontong merujuk kepada nasi yang dimampatkan dan dipotong dalam bentuk kiub dan biasanya dipadankan dengan kuah lodeh iaitu kuah santan berkunyit yang dipenuhi dengan sayur-sayuran, fucuk dan suhun, atau dimakan dengan sambal, rendang, sate dan sebagainya. Walaupun asalnya lontong dibalut dengan daun pisang, di zaman moden ini, lontong selalunya disediakan dalam plastik sahaja, asalkan nasi itu mampat cantik. 

Adakah lontong seperti ketupat? Bahannya sama tetapi hasilnya agak berbeza. Ketupat lebih mampat dan kering, manakala lontong lebih menyerupai nasi impit yang lebih lembut.   

Kredit: FB Lontong Klang

Lontong Klang membawa pelanggan menikmati lontong dengan cara yang berbeza dan begitu lazat sekali. Di sini pelanggan ditawarkan dengan set hidangan lontong dengan kuah yang berbeza berbanding lodeh. Kuah di sini kurang kuning seperti lodeh, lebih kepada kemerahan. Pelanggan boleh memilih untuk set Biasa (RM5), Ayam (RM8), Sotong (RM7), Paru (RM8), Special Sotong (RM8) dan Special (RM7).

Apa terdapat di dalam set Lontong Klang ini? Hidangan set mempunyai lontong, kuah, tempe, bergedil, telur serta protein pilihan dan serunding kelapa. Lontong ayam ada ayam goreng, lontong paru menawarkan paru yang begitu lembut dan sedap, dan set sotong mereka menggunakan sambal sotong rendam. Dari segi rupa, Lontong Klang bukanlah makanan yang cantik dipandang tetapi sekali suapan, bibir tersenyum kesedapan. 

Sistem pembelian di restoran ini ialah layan diri. Pelanggan perlu beratur untuk menempah lontong pilihan sama ada untuk di makan di restoran atau dibawa pulang. Walaupun barisan kelihatan agak panjang, jangan khuatir kerana perkhidmatannya pantas sekali. Selain lontong, pilihan nasi lemak juga tersedia. Rata-rata pelanggan hadir ke restoran ini untuk hidangan lontongnya yang unik dan tersendiri. 

Restoran Lontong Klang
20, Jalan Zirkon E7/E, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Buka – Isnin-Ahad – 7:30 pagi – 2 petang
Jumaat 7:30 pagi -12 tengahari

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: