Api Dalam Laut

Firman Allah dalam Surah al-Tur ayat 6:
وَالْبَحْرِ الْمَسْجُورِ
Maksudnya:
“Dan laut yang di dalam tanahnya ada api.”

Ketika al-Quran diturunkan 1400 tahun dahulu, manusia belum mampu untuk menyelam ke dasar lautan yang dalam untuk menyingkapi rahsia yang terkandung di dalamnya. Namun begitu, Allah SWT telah pun menyatakan bahawa terdapat api di dalam lautan. Agak sukar untuk dibayangkan apabila air yang bersifat sejuk itu boleh mengandungi api yang sifatnya panas dan berlawanan dengan sifat air.

Ketika ayat ini diturunkan, bangsa Arab tidak mampu memahami isyarat sumpah Allah SWT demi lautan yang di dalam tanahnya ada api ini.

Dalam menafsirkan ayat 6 Surah al-Tur tersebut, para ulama tafsir menyatakan bahawa maksud “Dan laut yang di dalam tanahnya ada api,” iaitu pada hari kiamat kelak, lautan akan dijadikan api. Demikian yang diriwayatkan oleh Sa’id bin al-Musayyib daripada ‘Ali bin Abu Talib. Dan hal yang sama juga diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas, Sa’id bin al-Musayyib, Mujahid, ‘Abdullah bin ‘Ubaid bin ‘Umair dan selain mereka. Qatadah pula mengatakan maksudnya ialah nyalaan api yang benar-benar penuh.

Isu Saintifik

Setelah berlalunya masa, kecanggihan sains dan teknologi semakin terserlah, lalu banyak kajian yang telah dilakukan yang berkaitan dengan lautan. Maka suatu penemuan yang menakjubkan telah diperoleh oleh Discovery Channel, iaitu penemuan api di dalam laut.

Apabila difikir secara logik, mungkin tidak masuk akal. Api apabila disiram dengan air pasti akan terpadam. Akan tetapi, mengapa api boleh wujud di dalam laut yang terdapat padanya air yang sangat banyak dan tidak boleh memadamkan api tersebut? Inilah tanda kebesaran Allah SWT.

Discovery Channel telah menyiarkan penemuan video yang menunjukkan munculnya sebuah fenomena retakan di dasar lautan yang mengeluarkan lava api. Lava api ini menyebabkan air mendidih hingga suhunya melebihi daripada seribu darjah celcius. Meskipun suhu lava tersebut luar biasa tingginya, ia tidak boleh membuatkan air laut menguap, dan walaupun air laut ini berlimpah-ruah, ia tidak mampu memadamkan api.

Jelaslah betapa al-Quran merupakan kitab suci yang datang daripada Allah SWT. Setiap kejadian dan fenomena baru yang ditemukan oleh para saintis dan pengkaji, sebenarnya sudah pun tertulis jelas dalam al-Quran sejak sekian lama.

Sumber: Mukjizat Bahasa & Sains Al-Quran oleh Mohd Sukki Othman

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: