Orang Malaysia, Indonesia dan Thailand, kalau bercerita tentang makan pedas memang masing-masing berlumba-lumba. Setakat cili padi, ada yang buat ulam sahaja. Jadi, tak peliklah kalau restoran Warong Geprek menggunakan slogan Bukan Pedas Biasa-Biasa untuk menggamit mereka yang gilakan kepedasan sambal untuk mencuba di restoran ini.