Warong Geprek – Bukan Pedas Biasa-Biasa

Oleh: mymuslimin.com

Orang Malaysia, Indonesia dan Thailand, kalau bercerita tentang makan pedas memang masing-masing berlumba-lumba. Setakat cili padi, ada yang buat ulam sahaja. Jadi, tak peliklah kalau restoran Warong Geprek menggunakan slogan Bukan Pedas Biasa-Biasa untuk menggamit mereka yang gilakan kepedasan sambal untuk mencuba di restoran ini. Warong Geprek menawarkan tahap pedas sambal tahap 1 hingga 3; bagi mereka yang tidak tahan pedas, berhenti sahaja di tahap pedas pertama. Anda tentunya lebih selamat.  

Warong Geprek menyediakan beberapa set menu untuk dipesan pelanggan melalui imbasan kod QR di restoran. Ayam Geprek ialah ayam yang digoreng garing dengan tepung dan kemudiannya dipenyekkan, manakala Ayam Penyet ialah ayam kunyit goreng yang dipenyekkan. 

Set Menu Ayam Penyet (RM10)

Setiap set datang dengan sambal, kobis dan timun mentah, tempe goreng, tauhu goreng dan semangkuk sup kobis. Anda boleh memilih Set Ayam Geprek Biasa, Set Ayam Geprek Cheese, Set Ayam Penyet, Set Ikan Tilapia Geprek, Set Sotong Geprek, Set Indomie Ayam Geprek, Set Indomie Ayam Penyet, Set Indomie Ayam Geprek Telur Masin dan sebagainya. Berhati-hati memilih kepedasan sambalnya untuk anda menikmati hidangan yang dipesan dengan selesa. 

Tengok pun dah tahu pedasnya bagaimana!

Walaupun sambal Warong Geprek boleh menyebabkan hidung dan mata berair, kombinasi set hidangan di sini memang sedap. Menangis pun, menangislah, janji best!

Yang peliknya, ramai juga pelanggan yang meminta sambal extra dan kanak-kanak yang makan sambal pedas ini tanpa ada reaksi apa-apa! Apakah yang menyebabkan perut orang Malaysia/Indonesia tahan pedas melampau begini? Apa pun, tim mymuslimin kekal di kepedasan tahap minima iaitu satu. 

Di bahagian hadapan kedai ini terdapat warong menjual kopi Vietnam yang menggiurkan. Restoran juga ada membuat promosi kopi dan hidangan geprek untuk pelanggan di atas talian mereka. Menarik! 

Warong Geprek Kelana Jaya
E-101, Jalan SS 6/2, Kelana Parkview, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Buka setiap hari 11 pagi – 945 mlm

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: