Soalan
Assalamualaikum. Saya ada terlihat satu video yang tular di mana laungan azan ditambah perkataan ‘sayyidina’ dalam lafaz ‘أشهد أنّ محمّدا رسول الله’. Soalan saya, adakah boleh kita menambah perkataan tersebut dalam azan?
Mohon pencerahan SS Mufti. Terima kasih.
Ringkasan Jawapan
Hukum menambah lafaz sayyidina dalam azan adalah sunat di sisi fuqaha syafi’iyyah yang terkemudian. Namun berdasarkan situasi dan amalan masyarakat Malaysia, penambahan ini dilihat kurang sesuai dan perlu dielakkan. Oleh itu, mengekalkan lafaz azan yang biasa dilaungkan dalam situasi ini adalah lebih baik kerana mengelakkan fitnah dan salah faham masyarakat.
WaAllahu a’lam.
Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk pautan: Hukum Menambah Perkataan Sayyidina Dalam Azan
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Leave a Reply