“Apabila seorang hamba bertaubat, apakah engkau mengetahui bahawa taubatnya diterima atau tidak? Dia menjawab, ‘Aku tidak berhak untuk menentukan apakah taubatnya diterima atau tidak. ‘Akan tetapi, untuk diterimanya taubat tersebut, ada tanda-tandanya:
1. Dia rasa susah dan terhindar daripada kemaksiatan.
2. Dia rasa di dalam hatinya bahawa kegembiraan itu terasa jauh dan kesedihan itu terasa dekat.
3. Dia selalu mendekati orang-orang baik dan menjauhi orang-orang jahat.
4. Dia juga menganggap bahawa harta dunia yang banyak itu sedikit dan memandang amal akhirat yang sedikit itu banyak.
5. Hatinya selalu disibukkan dengan ketaatan kepada Allah dan tidak menyibukkan diri dalam mencari rezeki yang sudah dijamin oleh-Nya.
6. Selalu menjaga kata-kata, selalu bertafakur tentang keagungan Allah, dan selalu menyesal dengan kemaksiatan yang pernah dilakukannya.”
Nabi SAW bersabda:
“Amal yang paling dicintai oleh Allah ialah menjaga lisan.”
(HR. Al-Baihaqi)
Dalam hadis yang lain Baginda SAW bersabda:
“Sesungguhnya manusia yang paling banyak dosanya pada hari kiamat kelak ialah mereka yang banyak bercakap mengenai perkara-perkara yang sia-sia.”
(HR. Ibnu Nashr)
Adapun yang berkait dengan tafakur tentang keagungan Allah SWT. Nabi SAW bersabda:
“Bertafakur tentang keagungan Allah SWT, syurga dan neraka-Nya, selama sejam jauh lebih baik daripada soleh sehari semalam.”
(HR. Abu As-Syaikh)
Di dalam hadis yang lain Baginda SAW juga bersabda:
“Bertafakurlah tentang makhluk Allah. Janganlah bertafakur tentang Zat Allah atau kamu celaka.”
(HR. Abu As-Syaikh)
Sumber: Nashaihul ‘Ibad
Leave a Reply