‘Tangan Panjang’ di Kalangan Isteri Rasulullah

Telah diriwayatkan dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W. bahawa kebanyakan isteri Rasulullah S.A.W adalah dalam usia muda belaka, sedangkan Rasulullah S.A.W. telah menjangkau usia tua. Mereka membayangkan bahawa seandainya Allah S.W.T mewafatkan Rasulullah S.A.W. ketika itu, pasti mereka menjadi balu dalam usia muda belaka.

Kebanyakan mereka berharap jika Allah izinkan maka mereka ingin mati bersama-sama Rasulullah S.A.W, kerana jika mereka mati dahulu akan dapat segera bertemu Rasulullah S.A.W. semula. Lantaran itu ada antara mereka yang berbincang sesama sendiri siapakah yang akan berpulang ke hadrat Allah seiring dengan kewafatan Rasulullah S.A.W.

Di suatu ketika para isteri Rasulullah S.A.W. telah bertanyakan kepada Rasulullah, siapakah antara mereka yang akan dimatikan oleh Allah seiring dengan kewafatan Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A. W telah memberitahu para Ummahatul Mukminin itu, bahawa isteri baginda yang akan kembali ke rahmatullah seiring dengan kewafatan baginda ialah mereka yang ‘tangan panjang’ yang akan cepat menemui Rasulullah S.A.W.

Sebaik sahaja mereka mendengar jawapan Rasulullah S.A.W. itu mereka pun berpakat dan bergilir-gilir untuk mengukur tangan-tangan mereka, siapakah antara mereka yang panjang. Lalu mereka mendapati bahawa Siti Saodah yang tangannya lebih panjang daripada kalangan isteri-isteri baginda.

Tetapi selepas beberapa ketika Rasulullah S.A.W wafat, tiba-tiba mereka dapati yang segera menyusul pulang ke rahmatullah bukannya Siti Saodah, sebaliknya yang mati dahulu ialah Zainab. Dengan peristiwa itu mereka memikirkan semula apakah sebenarnya yang dimaksudkan tangan panjang oleh Rasulullah S.A.W.

Isteri Rasulullah S.A.W yang bernama Zainab itu mengikut riwayatnya mempunyai perusahaan sendiri, beliau seorang pengusaha kulit dan peniaga kulit-kulit binatang. Kulit-kulit tersebut disamak atau direndam dengan bahan-bahan tertentu untuk menghilangkan baunya dan kemudiannya dijemur sebelum ia dijual.

Perniagaannya sangat maju kerana penggunaan kulit pada ketika itu sangat meluas. Kulit bukan sahaja boleh dijadikan kasut, malah kulit juga dijadikan timba, hamparan seperti permaidani dan boleh juga dijadikan atap dan dinding rumah. Menyebabkan beliau tidak terlalu bergantung dengan pemberian daripada suami iaitu Rasulullah S.A.W.

Justeru Zainab telah menggunakan sebahagian besar daripada laba keuntungan perniagaannya untuk berderma dan bersedekah membantu orang-orang susah dan sebagainya. Maka terkenallah di kalangan para isteri Rasulullah S.A.W. yang banyak tangan menghulurkan bantuan ialah Zainab.

Dengan demikian maka fahamlah para Ummahatul Mukminin bahawa yang dimaksudkan tangan panjang itu bukan ukuran pada fizikal yang panjang, sebaliknya ia membawa erti tangan yang banyak menderma, memanjangkan tangan membantu dan berbuat kebajikan untuk meringankan penderitaan orang lain.

Peribahasa ‘tangan panjang’ yang diberitahu oleh Rasulullah  S.A.W. itu amatlah berbeza dengan tangan panjang yang menjadi peribahasa orang Melayu, kerana bagi orang Melayu memahami maksud tangan panjang itu ialah orang yang mengambil harta benda orang lain di luar pengetahuan pemiliknya, iaitu sebagai pencuri atau penyamun.

Sumber: Taqwa oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: