Menikmati Sajian Sarawak di Kedey Kamek, TTDI

“Kedey Kamek” ialah bahasa Sarawak yang bermaksud Kedai Saya. Jelas namanya kepada warga Sarawak dan kepada orang Semenanjung yang tidak tahu, tentu sekali ingin tahu dan berhenti bertanya.  

Restoran Kedey Kamek mula beroperasi di semenanjung pada 2015 dengan hanya menyediakan Laksa Sarawak di Dataran Sunway, Damansara. Kemudian mereka membuka beberapa cawangan, di antaranya di TTDI, Lalaport dan SS2 (Petaling Jaya).  Restoran ini menyediakan sajian Sarawak asli yang boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, membawa rasa Malaysia Timur kepada semua. 

Ruang restoran yang luas dan selesa

Keistimewaan Kedey Kamek ini berbanding restoran Sarawak yang lain ialah padanan sajian Sarawak dengan bahan istimewa seperti udang karang (lobster), udang harimau dan itik salai. Pelanggan di Kedey Kamek, sebagai contoh, boleh memilih Laksa Sarawak Kerang, Laksa Sarawak Udang Harimau dan Laksa Sarawak Udang Karang bergantung kepada bajet masing-masing. 

Mymuslimin mencuba Laksa Sarawak Kerang dan Mi Kolok Daging yang terbukti lazat dan berbaloi.

Mi Kolok Daging yang disertakan dengan sup dan cili

Selain Laksa Sarawak, Kedey Kamek juga menghidangkan Mi Pok, sejenis mi telur, Mi Kolok atau mi kering, Nasi Penyet dan lain-lain sajian Sarawak untuk dinikmati semua.  Bila mencuba makanan Sarawak, bolehlah mencuba minuman uniknya juga seperti Gula Apong Teh C Peng Special, Teh Sarawak dan Kopi Jeli Sarawak untuk melengkapi rasa Sarawak yang asli. 

Kedey Kamek dibuka sepanjang minggu dari 10 pagi sehingga 10 malam.

Kedey Kamek
18, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Buka Setiap Hari – 10 pagi – 10 malam

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: