Nasi Lemak Kambing Bakar di Kafe Kampung Kaw, Port Dickson, Memang Kaw!

Kafe Kampung Kaw ini tidak kelihatan dari jalan utama dan jalan ke kafe ini hanyalah satu lorong tetapi jangan terperanjat jika kafe ini penuh dengan pengunjung. Namun, janganlah risau tentang tempat letak kereta kerana mereka telah menyediakan kawasan yang mencukupi. 

Kambing di sini memang kaw!

Apa yang menarik tentang Kafe Kampung Kaw ini? Tentu sekali Nasi Lemak Kambing Bakarnya (RM15) yang kaw-kaw! Nasi lemak yang dihidangkan bersama sambal, kangkung celur, kacang dan ikan bilis goreng, beberapa hirisan telur dadar dan kambing yang dibakar sempurna, memang mengujakan. Kedengaran ‘berdosa’ pula makan kambing di pagi hari kan? Tetapi, untuk menambah lagi rasa bersalah, kafe ini juga metawarkan Nasi Lemak Tulang Rusuk (RM21) dan Nasi Lemak Ayam Bakar (RM12.50). Saiz hidangan nasi lemak di sini sederhana, sedap-sedap dimakan. 

Sambal paru dan kangkung celur extra

Kepada yang tidak berani untuk mencuba kombinasi baharu nasi lemak, pilih sahaja Nasi Lemak Telur Goreng (RM3.70), atau Nasi Lemak Ayam Goreng (RM5.00). Kalau nak sambal lebih atau sambal lain seperti sambal kerang dan sambal udang, ada cas tambahan. 

Nasi lemak di Kafe Kampung Kaw ini lembut, sedap, berperisa, sambalnya pekat, tidak begitu pedas dan sedikit manis. 

Selain hidangan nasi lemak, kuih gemuk juga menjadi kegemaran ramai di sini. Kuih gemuk ini ialah nama glamor kepada puri bersaiz besar. Satu hidangan tiga keping (RM3) dan boleh dipadankan dengan sambal sardin atau kari kambing. Sebelum nasi lemak sampai, boleh pesan ini dulu sebagai ‘alas perut’. 

Kuih Gemuk dan Sambal Sardin

Selepas pukul 1030 pagi sehingga 230 petang, kafe ini mula menyediakan hidangan burger, nachos, fish & chips, quesadilla, sandwich dan macam-macam lagi.

Persekitaran Kafe Kampung Kaw terbuka dan dihiasi dengan tumbuhan-tumbuhan hijau yang menyegarkan. Lagu-lagu yang dimainkan juga penuh nostalgia dan tidak mengganggu suasana.

Persekitaran yang nyaman

Satu perkara yang mymuslimin.com tabik tentang Kafe Kampung Kaw ini ialah sistem operasinya yang teratur. Dari mula melangkah masuk sehingga ke proses pembayaran, semuanya mengikut SOP yang teratur dan memudahkan pelanggan. 

Sistem yang teratur

Sekali pekena sarapan di Kafe Kampung Kaw, memang akan kembali lagi ke tempat ini untuk kali keduanya. InsyaAllah.

Kafe Kampung Kaw

  • PT3038, Jalan Haji Sirat, Kampung Baru, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Sabtu – Khamis (8 pagi – 230 tengahari)
  • Isnin – Tutup
  • Jumaat – (8 pagi -1230 tengahari)

Advertisement

2 thoughts on “Nasi Lemak Kambing Bakar di Kafe Kampung Kaw, Port Dickson, Memang Kaw!

Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: