Sedekah Yang Tidak Disukai Iblis

Berkata Imam Ibnu Al-Jauzi yang maksudnya:

“Di antara mereka ada yang memberikan sedekah kepada orang yang tidak mempunyai pertalian saudara, sementara saudaranya sendiri yang memerlukan diabaikan. Walhal saudara dan keluarga lebih berhak menerima sedekahnya. Daripada Sulaiman bin Amir, dia berkata, ‘Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda, ‘Sedekah yang diberikan kepada orang miskin itu (pahalanya) adalah sedekah. Sedangkan sedekah yang diberikan kepada keluarga ada dua (pahala), iaitu (pahala) sedekah dan (pahala) hubungan mereka yang kekeluargaan.” Ada antara mereka mengetahui kelebihan bersedekah kepada kaum keluarga, tetapi mereka mempunyai permusuhan sesama mereka, lantas tidak mahu meringankan beban kaum kerabat mereka walaupun mereka tahu keluarga mereka itu miskin. Kalaulah mereka meringankan beban keluarga mereka, sudah pasti akan mendapat ganjaran sedekah dan ganjaran mengeratkan hubungan kerabat serta ganjaran melawan hawa nafsu. Berkata juga Abu Ayyub Al-Ansari, berkatalah Rasulullah S.A.W: ‘Sedekah yang paling baik adalah pada saudara yang paling kamu tidak sukai.”

Imam Ibnu Al-Jauzi

“Berkata Imam Ibnu Al-Jauzi, ‘Sesungguhnya sedekah (kepada orang yang tidak disukai) adalah amalan yang diterima dan diutamakan untuk melawan hawa nafsu’. Sedangkan, jikalau kamu memberikan sedekah kepada kerabatmu yang kamu sukai, maka kamu mengikuti hawa nafsumu.””

Imam Ibnu Al-Jauzi

Syarah dan Tahqiq:

Dalam bersedekah, sedekah yang paling baik adalah pada kaum kerabat, ahli keluarga, atau saudara mara sendiri. Itu adalah sebaik-baik sedekah. Ini berdasarkan hadith Nabi Muhammad S.A.W seperti yang sudah dinyatakan.

Dengan bersedekah kepada kaum kerabat, kita akan memperoleh dua kebaikan, iaitu kebaikan bersedekah serta kebaikan mengeratkan hubungan silaturrahim. Dan di antara sedekah kepada kaum kerabat yang terbaik adalah, sedekah kepada kaum kerabat yang kita tidak sukai. 

Itu adalah sedekah yang terbaik, kerana sedekah pada kaum kerabat yang kita tidak sukai akan bertentangan dengan kehendak nafsu kita. Sudah tentu hawa nafsu kita tidak menyukai bersedekah pada kaum kerabat yang kita tidak disukai.

Hikmah bersedekah pada kerabat yang kita tidak sukai adalah, kita akan mengeratkan hubungan yang sudah lama terpisah. Dan ini amat tidak disukai oleh Iblis.

Sumber: Belitan Tipu Daya Iblis, Syarah Terpilih Kitab Talbis Iblis Ibnu Al-Jauzi oleh Dr Zaharuddin Abdul Rahman

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: