Ahnaf bin Qais berkata yang ertinya:
“1. Orang yang dengki, hatinya tidak akan tenteram.
Ahnaf bin Qais
2. Orang yang banyak berdusta tidak akan memiliki harga diri.
3. Orang yang bakhil tidak mempunyai akal yang cemerlang.
4. Orang yang diperhambakan (raja-raja dan para pegawai
kerajaan) tidak akan memiliki sifat amanah.
5. Orang yang berakhlak buruk tidak memiliki kehormatan.
6. Ketentuan Allah tidak akan ditolak.”
Hasad Dengki
Ini juga mengenai hasad, menukil daripada al-Badr rahimahullah Abdul Mu’thi as-Samlawi berkata:
“Orang yang hasad dengki akan hancur kerana lima perkara iaitu, dicaci-maki, kesedihan yang tidak pernah habis, tertutupnya pintu taufik, musibah yang datang terus-menerus dan tidak mendatangkan pahala, serta kemurkaan Allah yang besar ke atasnya.”
Al-Badr rahimahullah Abdul Mu’thi as-Samlawi
Masih berkaitan dengan hasad (dengki). Imam Ali Al-Marwadi berkata:
“Hakikat hasad ialah rasa sangat sedih di atas kesemua jenis kebaikan yang ada pada orang-orang mulia. Ini sangat berbeza dengan al-Munafasah (berlumba-lumba), iaitu berusaha dengan sekuat tenaga agar mendapat kenikmatan sama dengan yang dimiliki oleh orang-orang mulia, tanpa membahayakan atau merugikan mereka.”
Imam Ali Al-Marwadi
Rasulullah SAW bersabda:
“Orang mukmin suka ber-ghibtah (iri hati mengenai perkara kebaikan), sedangkan orang munafik, suka berhasad (dengki).”
Kehormatan Diri
Berhubung dengan kehormatan diri, Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa yang berinteraksi dengan sesama tanpa menzalimi mereka, berkata baik kepada mereka, tidak mendustai mereka, tidak ingkar janji kepada mereka, maka mereka itulah orang-orang yang sempurna kehormatan dirinya, lurus budi pekertinya dan wajib untuk dijadikan saudara.”
(HR As-Syihab)
Bakhil
Ini pula mengenai masalah bakhil, dalam satu riwayat dijelaskan bahawa Rasulullah SAW sangat mencela orang yang bakhil. Di antara sabda Baginda SAW ialah:
“Makanan dari orang yang dermawan itu menjadi ubat, sedangkan makanan dari orang yang bakhil itu menjadi penyakit.”
(HR Ibnu Adi dan Ad-Daruquthni)
Ada sebahagian hukama’ mengatakan: “Orang yang bakhil tidak akan memiliki kawan.” Sementara itu, Saleh bin Abdul Quddus mengungkapkan dalam syairnya:
“Kebakhilan akan mengungkap aib orang di hadapan manusia.
Saleh bin Abdul Quddus
Namun, kedermawanan akan menutup semua nodanya.
Maka tutuplah aib kamu dengan kedermawanan
Kerana sesungguhnya aku telah melihat, ia penutup kepada setiap aib.”
Pegawai Kerajaan dan Pakar Fuqaha
Mengenai perkara yang keempat, Rasulullah SAW bersabda:
“Ada dua golongan dari umatku yang apabila mereka baik, umatku akan menjadi baik. Mereka itu ialah para pegawai kerajaan dan para fuqaha (pakar hukum Islam).”
(HR. Abu Naim)
Di dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW juga bersabda:
“Rakyat tidak akan hancur, sekalipun mereka berlaku zalim dan berbuat buruk, selama para pemimpin mendapat petunjuk dan terus membimbing rakyat kepada jalan yang benar. Sebaliknya, zalim dan berbuat buruk.”
(HR. Abu Nu’aim)
Dalam rangkaian syairnya, Abu Bakar pernah mengungkapkan
“Jika kamu ingin semua manusia mulia
Abu Bakar As-Siddiq
Tunggulah saat seorang raja berpakaian orang miskin
Dialah orang yang baik perangainya
Layak memimpin dalam urusan dunia dan agama.”
Akhlak
Berkaitan dengan orang yang berakhlak buruk, terdapat beberapa hadis yang menjelaskan mengenai masalah tersebut. Di antaranya ialah sabda Rasulullah SAW:
“Akhlak yang buruk itu tercela, dan orang yang paling buruk di antara kamu ialah yang berakhlak buruk.”
(HR.Al-Khatib)
Di dalam hadis yang lain Baginda SAW bersabda:
“Sesungguhnya akhlak buruk itu merosak amal, seperti cuka yang boleh merosak manisnya madu.”
(HR Al-Baihaqi)
Dalam riwayat yang lain juga ada disebutkan bahawa Baginda SAW bersabda:
“Hamba yang paling dicintai oleh Allah ialah yang paling baik akhlaknya.”
(HR. At-Thabrani)
Sumber: Nashaihul ‘Ibad oleh Syeikh Nawawi Al-Bantani
Leave a Reply