Daripada Abu Daud dan al-Tirmizi, daripada Abi Ja’far bin Muhammad bin Rukanah daripada bapanya mengatakan bahawa Rukanah pernah mencabar Nabi s.a.w. untuk beradu kekuatan. Lalu apabila mereka berlawan, Nabi s.a.w. telah mengalahkannya.
Nabi menundukkannya 3 kali!
Dalam riwayat oleh Abu Bakr al-Syafi’i dengan sanad yang baik daripada Ibn Abbas r.a., bahawa Yazid bin Rukanah, seorang pendekar yang terkenal dengan kekuatannya, telah mencabar Nabi s.a.w. untuk bergusti. Beliau mengenakan bayaran 100 ekor kambing kepada sesiapa yang kalah. Lalu, Nabi s.a.w. telah menundukkannya sebanyak 3 kali dalam 3 pusingan.
“Wahai Muhammad! Tiada siapa pernah dapat membaringkan aku (jatuh terlentang) dalam pertarungan selainmu!
Akhirnya dia berkata: “Wahai Muhammad! Tiada siapa pun membaringkan aku pernah dapat membaringkan aku (jatuh terlentang) dalam dalam pertarungan pertarungan selainmu! Sebelum ini engkaulah yang paling aku benci. Tapi sekarang aku naik saksi tiada Tuhan yang lebih benar yang berhak disembah melainkan Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w. itu Rasul- Nya.”
Nabi s.a.w.kemudiannya telah mengembalikan semula kambing-kambing yang diserahkan sebagai pertaruhannya itu.
(Riwayat Abu Daud, 4077; al-Tirmizi; 1844-al-Hakim 3/452)
Pengajaran
1. Nabi Muhammad s.a.w. merupakan seorang manusia yang gagah perkasa.
2. Islam mengharuskan pertandingan menguji kekuatan terutamanya jika untuk tujuan berdakwah.
3. Pertandingan yang diharamkan dalam Islam apabila ianya berkaitan dengan menguji nasib yang boleh mengakibatkan pergaduhan sesama manusia.
4. Umat Islam dituntut agar makan daripada sumber-sumber halal dan bersih serta dapat menjadikannya sihat bertenaga.
Sumber: 101 Kisah dan Pengajaran daripada al-Quran, al-Hadis dan Hayatus Sahabah oleh Zahazan Mohamed
Leave a Reply