ASMAUL HUSNA – AL-MATIN (Yang Maha Kukuh) 

Asmaul Husna yang ke-54 ialah Al-Qawiyyu dan yang ke-55 ialah Al-Matin. Kedua-duanya membawa maksud yang hampir sama iaitu Tuhan Yang Maha Gagah, Maha Kukuh atau Maha Teguh. Maha Gagah, Kukuh dan Teguh adalah Zat Allah SWT yang mempunyai sifat Kamalat. Sifat yang Maha Sempurna itu dapat dilihat dari seluruh ciptaan-Nya; langit dan bumi serta seluruh cakerawala sejak ia diciptakan berjuta-juta tahun, tetap utuh dan kukuh.

Langit tidak runtuh. Bumi masih menjadi bola angkasa yang tidak pernah terjejas. Walaupun berlaku banyak siri gempa bumi yang dahsyat sejak peristiwa gempa bumi yang memusnahkan kaum Nabi Luth, hingga kini pada keseluruhannya bumi merupakan planet yang masih selamat untuk dihuni. Hinggakan manusia boleh mencipta takwim atau kalendar untuk ribuan tahun akan datang. Berdasarkan peredaran bumi dan bulan yang mengelilingi matahari dengan peredaran yang mantap mengikut peraturan yang ditetapkan. Semua menggambarkan itu sifat-sifat Penciptanya, Tuhan yang bernama Al-Qawiyyu dan juga Al-Matin.

Sifat Gagah dan Teguh Allah SWT patut dicontohi oleh hamba-Nya di kalangan orang-orang yang beriman. Terutamanya dengan mempunyai sifat gagah dan teguh untuk melawan hawa nafsu yang buruk dan  juga pengaruh syaitan. Manusia sentiasa menghadapi ancaman daripada dua musuh tradisinya. Salah satunya adalah hawa nafsu yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam al-Quran (yang bermaksud); “Sesungguhnya nafsu itu sering mengajak kepada kejahatan.”

Hawa nafsu melahirkan sifat-sifat yang negatif seperti malas beribadah. Sifat gagah dan teguh hendaklah dijadikan perisai atau senjata untuk mengatasi sifat buruk. Hawa nafsu melahirkan sifat bakhil untuk bersedekah atau menderma, sedangkan sifat bakhil sangat dibenci oleh Allah SWT. Justeru ia mesti dilawan dengan semangat yang gagah dan teguh, kerana segala-galanya adalah kurniaan Allah SWT secara percuma. Maka tidak wajar manusia kedekut dengan harta kurniaan Allah SWT.

Banyak lagi sifat keji yang dilahirkan oleh dorongan hawa nafsu yang buruk seperti seronok berbuat maksiat, berdusta, menipu, khianat dan sebagainya. Semuanya ini mesti diatasi dengan kegagahan dan keteguhan hati yang murni.

Sementara musuh yang kedua ialah syaitan yang memusuhi manusia sejak manusia pertama Nabi Adam AS dijadikan oleh Allah SWT. Syaitan tidak berpuas hati walaupun Nabi Adam AS dan Hawa telah dikeluarkan dari syurga akibat termakan hasutan iblis sehingga mereka mendekati pohon larangan di dalam syurga. Generasi Bani Adam mesti mempunyai keteguhan hati dan nurani untuk menghadapi serangan syaitan atau iblis yang memerangi manusia setiap masa tanpa henti. Ketahanan dan keteguhan hanya pada keimanan yang sempurna dan amalan yang ikhlas. Tanpa dua benteng teguh itu manusia tidak mudah menewaskan musuh tradisi mereka.

Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: