Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, beliau berkata yang maksudnya:
“Rasulullah bersabda, ‘Tiga golongan yang tidak akan ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin (ketua) yang adil, dan doa orang yang dizalimi. Allah mengangkat kesemuanya melepasi awan, dibukakan pintu-pintu langit baginya dan Tuhan berfirman, ‘Demi keagungan-Ku, Aku pasti akan membantumu walaupun selepas suatu tempoh yang lama.”””
[HR al-Tirmizi dan Ibnu Majah-lafaz al-Tirmizi]
Pengajaran
Doa yang mustajab turut bergantung pada faktor lain seperti sumber makanan yang halal, merendah diri ketika berdoa dan keelokan peribadi orang yang berdoa.
Allah SWT sama sekali tidak menolak permohonan hamba-Nya dan menggalakkan mereka supaya tidak putus berdoa.
Menjaga adab-adab ketika berdoa merupakan ciri-ciri diterima oleh Allah.
Sumber: Hadis Qudsi oleh Muhammad Yusuf A Kadir
Leave a Reply