LENSA MYMUSLIMIN – Sungai Kesang, Melaka

Oleh: Mymuslimin.com

Sungai Kesang adalah sebatang sungai yang terletak di sempadan negeri Melaka dan Johor. Sungai ini menjadi garis sempadan antara negeri Johor dengan Melaka bersama dengan Sungai Chohong.

Sungai yang panjangnya kira-kira 37km ini telah tular di media sosial pada musim PKP 2020 apabila ramai yang kagum akan kejernihan airnya yang berwarna hijau kebiruan. Ini telah menyebabkan kebanjiran pengunjung yang ingin melihat sendiri keunikan sungai ini.

Tim mymuslimin sempat berkunjung ke sana baru-baru ini dan teruja dengan keindahan air serta ketenangan suasana di sekitarnya. Walaupun dikatakan air telah bertukar keruh beberapa bulan lepas, ternyata keadaan sungai ini telah pulih semula.

Untuk sampai ke Sungai Kesang, kami memandu dari bandaraya Muar (di mana kami bersarapan pagi) ke arah Melaka, dan berhenti di Laman Belia Sungai Rambai, Jasin, yang berlokasi di sempadan negeri Melaka dan Johor.

Yang menarik juga di sini adalah terdapatnya jambatan gantung yang popular dengan pengunjung yang ingin berswafoto dan merakam video keindahan Sungai Kesang.

Namun, awas! Sungai ini juga merupakan habitat buaya tembaga dan anda dinasihatkan untuk tidak cuba untuk berenang atau bermandi-mandi di sini. Sewaktu kami sampai. memang ada seekor anak buaya yang sedang berenang, dan pasti sahaja ibunya berada berdekatan.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: