Dialog Nabi Musa dengan Allah SWT tentang Enam Perkara

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (رضي الله عنه) yang bererti:

Daripada Rasulullah SAW bahawa Baginda bersabda, “Nabi Musa meminta enam perkara kepada Tuhannya, dalam keadaan yakin bahawa baginda akan mendapatinya, sedangkan perkara yang ketujuh tidak disukai oleh baginda. Baginda berkata, ‘Wahai Tuhanku, manakah hamba-Mu yang paling bertakwa?’ Dia berfirman, ‘Orang yang mengingati (Allah SWT) dan tidak lupa. Baginda berkata, ‘Manakah hamba-Mu yang paling mendapat petunjuk?‘ Dia berfirman, ‘Orang yang mengikuti jalan petunjuk.‘ Baginda berkata, ‘Manakah hamba-Mu yang paling bijaksana?‘ Dia berfirman, ‘Orang yang berhukum terhadap manusia sama seperti dia berhukum terhadap dirinya sendiri.‘ Baginda berkata, ‘Manakah hamba-Mu yang paling alim?‘ Dia berfirman, ‘Orang alim yang tidak kenyang menuntut ilmu, di mana dia menghimpunkan ilmu manusia kepada ilmunya (menjadi rujukan manusia)‘. Baginda berkata, ‘Manakah hamba-Mu yang paling kuat?‘ Dia berfirman, ‘Orang yang apabila dia mempunyai kuasa (untuk marah dan membalas kejahatan), namun dia memberikan kemaafan.’ Baginda berkata, ‘Manakah hamba-Mu yang paling kaya?’ Dia berfirman, ‘Orang yang reda dengan apa yang diberikan.’ Baginda berkata, ‘Manakah hamba-Mu yang paling fakir?‘ Dia berfirman, ‘Orang yang berperibadi buruk (berasa tidak cukup dengan pemberian yang diperoleh dan memohon lebih daripada itu).'” Rasulullah SAW bersabda, “Kekayaan itu bukanlah pada peribadi luaran, sesungguhnya kekayaan adalah kekayaan jiwa. Apabila Allah menginginkan kebaikan pada seorang hamba, Dia akan menjadikan kekayaan-Nya dalam dirinya dan ketakwaan daripada-Nya dalam hatinya. Apabila Allah menginginkan keburukan pada seorang hamba, Dia menjadikan kefakiran daripada-Nya antara kedua-dua matanya (dalam dirinya).”

(Riwayat Ibnu Hibban. Tahkik Shahih Ibni Hibban: Sanadnya hasan)

Pengajaran

Mencontohi peribadi Rasulullah SAW yang sentiasa mengingati Allah SWT dalam seluruh hidup Baginda.

Kekayaan sebenar pada seorang hamba ialah kekayaan jiwa iaitu berasa cukup dengan apa yang ada walaupun sedikit dan tidak meminta-minta.

Kekayaan jiwa merupakan kebaikan yang dikurniakan oleh Allah SWT  kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya.

Sumber: Hadis Qudsi, Menelusuri Hikmah di Sebalik Firman Allah SWT, Muhammad Yusuf A Kadir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: