6 Mudarat Makan Sehingga Kenyang

Imam Al-Ghazali di dalam kitab Ihya Ulum al-Din memperincikan pintu-pintu yang digunakan oleh syaitan untuk memasuki jiwa manusia dan merosakkan hati. Terdapat 12 pintu yang boleh ditembusi syaitan dan semuanya berpunca daripada sifat dan perangai manusia itu sendiri. Salah satu daripadanya ialah suka kepada makanan dan sering makan sehingga perut kenyang. 

Imam Al-Ghazali telah menyenarai 6 mudarat kepada mereka yang berperangai begini. 

  1. Taqwa atau ketakutan kepada Allah SWT akan meninggalkan hati.
  2. Hati tidak akan ingin melakukan kebaikan kepada orang lain.
  3. Tubuh berasa sukar untuk beribadat dan beramal kepada Allah SWT.
  4. Jiwa tidak akan berasa rendah diri apabila mendengar nasihat yang baik.
  5. Apabila memberi nasihat kepada orang lain, nasihat tersebut tidak akan sampai kepada mereka. 
  6. Pelbagai penyakit akan menyerang.

Makan banyak dan berjenis-jenis adalah satu perangai yang menyebabkan syaitan masuk ke ruang hati manusia. Puasa pula merupakan cara terbaik  untuk kita mengekang nafsu kepada makanan. Lantas, janganlah pula kita menyihatkan nafsu makan di bulan Ramadan ini dengan membeli pelbagai juadah dengan jumlah yang banyak atas alasan ‘banyak pilihan yang hebat di bulan Ramadan’.

Sentiasa beringat bahawa syaitan itu musuh manusia yang nyata sehingga kiamat, dan syaitan tidak akan berhenti dan tidak lelah daripada menghasut manusia ke jalan yang dimurkai Allah SWT. Untuk melindungi diri kita daripada syaitan yang direjam, makanlah berpada-pada, dan sentiasa mulakan suapan dan minuman dengan  بسم الله.

Kurangkan makan, lebihkan syukur kepada Allah Yang Maha Esa kerana memberi rezeki yang baik-baik dan yang tidak putus-putus kepada kita semua. 

One thought on “6 Mudarat Makan Sehingga Kenyang

Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: