Ayuh Lelaki, Perkasakan Diri! Majalah dwi-bahasa yang membawa pengisian yang merangkumi tip dan panduan amalan, ilmu agama, renungan harian, isu keluarga, perhubungan, jalan dan makan, kerjaya, serta gaya hidup.
Sahur adalah salah satu aktiviti penting dalam memulakan ibadah puasa, baik wajib mahupun sunat, meskipun hanya dengan memakan sebiji kurma dan meminum seteguk air. Sahur dilakukan pada waktu fajar sebelum masuknya waktu solat subuh.
Abi Sa’id al-Khudri RA berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Sahur adalah makan yang penuh berkat, sekalipun di kalangan kamu semua hanya minum seteguk air. Sesungguhnya Allah SWT dan para malaikat-Nya sentiasa berselawat (menurunkan rahmat, berkat dan keampunan-Nya) kepada orang yang bersahur.”
(Disebutkan oleh al-Mundziri dalam at-Targhib wat Tarhib dari Ahmad, dikatakan isnad-nya kuat)
Dan, dikeluarkan oleh Ibnu Hibban dan at-Tibrani dalam Mu’jam-nya al-Ausath dari Ibnu Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Maka sesungguhnya Allah SWT dan para malaikat-Nya sentiasa berselawat (menurunkan rahmat, berkat dan keampunan-Nya) kepada orang yang bersahur.”
Sumber: Biografi Malaikat – Mendapat kesempurnaan Iman, Interaksi dan Persahabatan Dengan Para Malaikat Allah SWT, Rachmat Ramadhana al-Banjari
Leave a Reply