ASMAUL HUSNA – AL-MUHSI (Yang Maha Menghitung) 

Asmaul Husna yang ke-58 ialah Al-Muhsi yang bermaksud Tuhan yang Maha Mengetahui atau Maha Menghitung. Sesungguhnya segala sesuatu itu tiada yang terlepas daripada hitungan atau pengetahuan-Nya. Allah SWT menciptakan sesuatu dengan hitungan yang tepat, di angkasa dihiasi dengan berbilion bintang. Jarak di antara satu bintang dengan bintang yang lain kesemuanya dalam hitungan Allah SWT. Semua beredar dan berlegar tetapi tidak pernah bertembung di antara satu sama lain. Kerana Allah SWT telah menghitung jarak dengan tepat dan setiap bintang mempunyai laluannya masing-masing yang telah ditetapkan.

Hanya Allah SWT yang menamakan diri-Nya Al-Muhsi maha mengetahui berapa jumlah bintang di langit. Berapa jumlah dedaun yang menghijau dan berapa jumlah dedaun kering yang sedang berguguran dalam suatu ketika. Allah SWT yang Maha Mengetahui atau Maha Penghitung yang tahu dengan tepat jumlah seluruh makhluk ciptaan-Nya. Meskipun manusia tahu menghitung, namun mereka sendiri tidak tahu berapa jumlah rambut di atas kepalanya. Apatah lagi jumlah sel darah yang sedang mengalir di dalam tubuhnya. Manusia tidak mampu menghitung jumlah yang infiniti.

Orang-orang yang beriman kepada Allah SWT menamakan diri-Nya Al-Muhsi iaitu yang Maha Tahu Menghitung, maka sebagai hamba-Nya sepatutnya mereka berusaha menambahkan ilmu. Bukan sekadar menghitung apa yang mereka tahu, malah berusaha untuk mempelajari ilmu-ilmu yang mereka belum tahu. Wahyu pertama yang diterima oleh Rasulullah SAW bukannya perintah solat tetapi perintah supaya belajar agar boleh membaca dan seterusnya menguasai segala ilmu.

Oleh kerana Allah SWT Maha Menghitung, maka manusia mesti tahu menghitung diri sendiri. Sebanyak mana ilmu yang dimiliki dan sebanyak mana lagi ilmu yang dia tidak diketahuinya. Jika manusia sudah berilmu dan tahu menghitung, antara yang perlu diketahui dan dihitung oleh manusia ialah amalan mereka terhadap Allah SWT. Mereka mesti tahu amal ibadah yang baik dan mana ibadah yang tidak akan diterima oleh Allah SWT.

Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: