Ali ibn al-Maymoon al-‘Abbassi ialah seorang gabenor dan anak kepada seorang khalifah. Dia menjalani kehidupan yang mewah di sebuah istana yang besar. Begitu mudah baginya untuk memperolehi apa ahaja yang dia mahukan di dunia ini.
Pada satu hari, dari balkoni istananya, dia terlihat seorang lelaki yang sedang bekerja keras di ladang. Pada hari-hari berikutnya, Ali memberi perhatian yang lebih kepada lelaki itu dan menyaksikan lelaki itu bekerja sepanjang pagi, selepas itu berehat, berwuduk dari sungai, dan solat dua rakaat. Hanya apabila menjelang petang lelaki ini akan berhenti bekerja dan pulang ke pangkuan keluarganya.
Untuk mengenali lelaki tersebut dengan lebih dekat, Ali telah menjemput dia ke istana dan bertanyakan banyak soalan. Ali mendapati pekerja itu mempunyai seorang isteri, dua adik perempuan dan seorang ibu di bawah jagaannya, dan oleh kerana itu dia bekerja bersungguh-sungguh. Dia berpuasa setiap hari, dan apabila masuknya malam dia akan berbuka dengan apa yang dia perolehi pada hari tersebut. Ali bertanya, “Dan kau ada apa-apa hal untuk mengadu?” Dia menjawab, “Tidak. Semua puji-pujian hanya kepada Allah, Tuhan seluruh alam.”
Ali sangat kagum dengan jawapan pekerja tadi, lantas beliau terus meninggalkan istana, meletak jawatan, dan berkelana ke luar negara. Beliau kemudiannya didapati telah meninggal dunia di pinggir bandar Khorasan. Setelah meninggalkan istana, Ali bertugas sebagai tukang kayu, dan beliau menjumpai kebahagiaan dalam kehidupan barunya – kebahagiaan yang tidak pernah dikecapinya sebelum ini.
“Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa.”
(Muhammad 47:17)
Kisah ini mengingatkan penulis tentang kisah Pemuda Ashabul Kahfi. Mereka berada di dalam sebuah istana bersama raja, namun mereka berasa sempit, keliru, dan bermasalah. Kehidupan kemewahan, sebahagian besarnya, adalah kehidupan di mana kekufuran dan pemborosan berleluasa. Kemudian mereka meninggalkan tempat itu, dan salah seorang daripada mereka berkata:
“Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatnya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna”
(Al-Kahf 18:16)
Sumber: Don’t Be Sad, Dr Aid Al-Qarni
Leave a Reply