Isu Video Tular Yang Didakwa Salah Guna Kod QR Derma Masjid / Surau — Ini Respon JAKIM

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil perhatian terhadap isu video tular yang memaparkan seorang lelaki yang didakwa menyalahgunakan kod QR sumbangan derma masjid atau surau.

2. Sekiranya perbuatan ini benar seperti yang didakwa, JAKIM berpandangan bahawa perbuatan seumpama ini amatlah tidak wajar kerana mengambil kesempatan terhadap sikap murah hati umat Islam khususnya di masjid atau surau sempena bulan Ramadan yang mulia ini.

3. JAKIM menyeru semua pihak terutama Ahli Jawatankuasa masjid/surau agar dapat sentiasa memantau kod QR di masjid/surau  masing-masing agar sumbangan/infaq tidak terlepas kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Orang ramai juga disaran untuk membuat semakan dengan teliti sebelum menyumbang melalui kod QR bagi mengelak perkara yang tidak diingini. Sekiranya merasa curiga dan ragu-ragu dengan kod QR di masjid/surau, oranng ramai disaran membuat aduan kepada pihak masjid/surau untuk tindakan lanjut.

Sekian.

Datuk Hajah Hakimah Binti Mohd. Yusoff
Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
11 April 2023

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: