Seorang lelaki menghampiri seorang raja dan berkata, “Layanlah ulama’ ini dengan baik kerana usaha-usahanya dan lepaskan si jahat, kerana perbuatan buruknya itu merupakan hukuman kepadanya nanti.”
Seorang pembesar istana menjadi cemburu terhadapnya dan mengadu domba tentang lelaki itu kepada raja. Dia memberitahu raja bahawa lelaki tadi telah memfitnah baginda, memberitahu dia yang mulut raja itu berbau. Raja pun bertitah, “Bagaimana beta mengetahui bahawa apa yang kau cakapkan ini benar?” Pembesar istana itu berkata, “Baginda akan tahu apabila lelaki tadi meletakkan tangan pada hidungnya.”
Pembesar istana itu kemudiannya menjemput lelaki tersebut ke rumahnya dan memberi bawang mentah untuk dimakan bersama dengan hidangan-hidangan yang lain.
Selepas makan, lelaki tersebut pergi berjumpa raja seperti biasa, dan dia meletakkan tangannya di hidung dan mulutnya. Raja kemudiannya yakin dengan apa yang telah diberitahu pembesar istana dan baginda telah mengutus sepucuk surat kepada lelaki itu untuk disampaikan kepada gabenor, mengandungi arahan untuk membunuh lelaki tersebut.
Di dalam perjalanan, pembesar istana telah meminta lelaki itu memberikan surat itu kepadanya, kerana merasakan surat itu mengandungi ganjaran. Setelah menerima surat tersebut, dia terus menghantarnya ke gabenor, dan sejurus menerima surat tersebut, pembesar istana itu terus dibunuh.
Keesokan harinya, lelaki itu pergi menghadap raja seperti biasa. Tetapi, raja terperanjat kerana dia masih hidup, dan bertanyakan tentang surat yang dikirim baginda. Lelaki itu berkata, dia telah memberikan surat itu kepada pembesar istana.
Raja lalu bertanya, kenapa kamu menutup hidung dan mulut ketika berjumpa dengan beta tempohari? Lelaki itu pun menceritakan perkara yang berlaku. Jadi, kerana khuatir tentang bau mulutnya kerana dia telah memakan bawang mentah, dia telah menutup mulut dan hidungnya.
Raja pun berkata, “Perbuatan jahat seseorang itu cukup sebagai hukumannya.”
7 Sebab Cemburu
- Permusuhan – Kerana dia itu musuh, mereka yang cemburu tidak mahu dia memiliki apa-apa yang baik dalam hidupnya. Insan yang bertakwa akan berperangai sebaliknya. “Dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya.” (Ali ‘Imran 3:120)
- Tidak Suka Kebaikan Kepada Orang Lain – Kebaikan yang datang kepada orang lain menyakitkan hati manusia yang cemburu.
- Bangga Diri – Apabila orang mendapat sesuatu yang baik, orang yang cemburu dan angkuh ini merasakan lelaki yang dicemburui itu menghinanya. “Inikah orang-orangnya yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka di antara kami? ” (Al-An’am 6: 53)
- Hairan – Mereka yang cemburu ini sering hairan seperti yang dinyatakan dalam Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sehingga mereka berkata (dengan angkuhnya): “Patutkah kita beriman kepada dua manusia seperti kita, sedang kaum mereka menjadi orang-orang suruhan kita?” (Al-Mu’minun 23:47) Mereka berasa hairan apabila Rasulullah SAW diangkat menjadi rasul dan ketika mereka melihat pengaruh dan kuasa baginda.
- Takut Gagal – Sebagai contoh, dua lelaki mempunyai matlamat yang sama, tetapi seorang mencemburui seorang yang lain kerana takutkan kegagalan, seperti cemburu dua isteri.
- Tamak Kuasa dan Nama – Ini juga punca cemburu di antara dua manusia. Cemburu ini hadir dalam semua aspek kehidupan, ibadah, pekerjaan, kecantikan, harta benda, kuasa dan lain-lain.
- Berfikiran Sempit – Seseorang bergembira dengan kehilangan orang lain dan berharap agar semua rahmat dan ganjaran tuhan diberikan hanya kepada dia.
Orang-orang yang benar-benar beriman tidak mempunyai sifat cemburu. Punca sebenar cemburu ialah kecintaan kepada dunia. Sesiapa yang mencintai dunia mencemburui harta, kekayaan, kuasa, nama dan kemasyuran masing-masing. Mereka yang beriman tidak akan mempunyai cemburu yang sebegitu, lantas tiada sifat cemburu. Keinginan mereka hanya untuk akhirat dan memperoleh keselesaannya. Dan mereka yang beriman tidak akan mencemburui mereka yang berpengetahuan luas tentang agama.
Sumber: Ihya’ Ulum Al-Din, Imam Al-Ghazali
Leave a Reply