Pesanan Untuk Diri 

Nasihat daripada Imam Ibn al-Qayyim رحمة الله :

“Seorang teman tidak akan mampu berkongsi sengsaramu, orang yang kau sayangi tidak mungkin dapat menghilangkan kesakitan yang kau alami, mereka yang akrab denganmu tidak akan berjaga malam memikirkan masalahmu. 

Jadi, jagalah dirimu, lindungilah dirimu, bangunkan dirimu, dan jangan kau terlalu memikirkan peristiwa yang berlaku lebih daripada apa yang sepatutnya.  

Ketahuilah dengan yakin bahawa ketika kau jatuh dan terluka, tidak ada siapa yang akan menyembuhkanmu kecuali semangatmu sendiri, dan apabila kau mengalah, tiada siapa yang mampu memberi kau kejayaan kecuali keazaman yang ada pada dirimu. 

Kemampuan untuk kau berdiri kembali dan meneruskan kehidupan itu adalah tanggungjawabmu. 

Jangan mencari nilai dirimu di mata orang lain, carilah nilai dirimu dari dalam dirimu sendiri, dan kau akan menjumpai hati nurani yang tenang. Jika kau terbang tinggi dan kau mengenali siapa dirimu, apa jua yang diperkatakan orang lain tentangmu tidak mungkin akan mampu mencederakan atau menganggumu. 

Jangan memikul masalah dunia di bahumu kerana ianya milik Allah SWT. Dan jangan kau risaukan perihal rezeki kerana ianya dari Allah SWT.  Dan jangan kau pikul kebimbangan tentang masa depanmu kerana ianya berada di tangan Allah SWT. 

Risaukanlah tentang satu perkara: mencari redha Allah. Kerana jika kau menemui redha-Nya, Dia meredhaimu, mencukupkan segala keperluanmu dan memperkayakanmu. 

Jangan kau tangisi kehidupan yang membuat hatimu merana. Katakanlah, “Ya Allah, balaslah aku dengan kebaikan di dunia ini dan di akhirat.

Kesedihan akan meninggalkanmu ketika kau sujud. Kebahagiaan akan hadir dengan doa-doamu yang ikhlas. Allah SWT tidak lupa sebarang kebaikan. Dia juga tidak lupa kebaikan yang kau berikan kepada orang lain dan kesakitan yang kau legakan daripada mereka. Allah SWT  juga tidak lupa kepada mata-mata yang ingin menangis tetapi kau menjadikan mereka tertawa. 

Jalanilah hidup dengan prinsip ini: lakukan kebaikan walaupun kau tidak menerima balasan serupa, (kerana kau lakukannya) bukan kerana orang lain, tetapi kerana Allah SWT mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan.”

Terjemahan daripada: Timeless Seeds of Advice oleh B. B. Abdulla

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: