Kisah Syam’un Serta Keutamaan Lailatul Qadar

Ibn Abbas RA meriwayatkan, Rasulullah SAW. pernah bercerita bahawa baginda mendapat wahyu dari Allah tentang seorang lelaki Bani Israel yang berjihad di jalan Allah selama seribu bulan tanpa henti. Rasulullah SAW sangat kagum, lalu baginda berdoa: “Tuhanku, Engkau telah menjadikan umatku orang-orang yang pendek usia dan sedikit amalan.”

Kemudian Allah memberi keutamaan kepada Rasulullah SAW dengan memberikan Lailatul Qadar yang nilainya lebih baik daripada seribu bulan yang digunakan oleh lelaki Bani Israel itu berjihad di jalan Allah.

Nama lelaki Bani Israel itu adalah Syam’un. Ia berperang melawan kaum kafir selama seribu bulan tanpa henti. Ia diberi kekuatan dan keberanian yang membuat musuh-musuhnya takut. Lalu kaum kafir mendatangi isteri Syam’un. Mereka memujuk isterinya bahawa mereka akan memberi hadiah perhiasan emas jika ia dapat mengikat suaminya. Menurut perkiraan mereka, Syam’un boleh ditangkap dengan mudah jika dalam keadaan terikat.

Ketika Syam’un sedang tidur, secara diam-diam isterinya mengikat badan Syam’un dengan tali. Namun, ketika Syam’un bangun, dengan mudahnya dia memutuskan tali-tali yang mengikat tubuhnya.

“Apa maksudmu melakukan demikian kepadaku?” tanya Syam’un kepada isterinya.

“Aku hanya ingin menguji kekuatanmu,” jawab isterinya pura-pura.

Kaum kafir itu tidak putus asa. Lalu mereka memberi rantai kepada isteri Syam’un dan memerintahkannya agar mengikat suaminya dengan rantai itu. Isteri Syam’un segera melaksanakannya. Namun, sebagaimana kejadian sebelumnya, dengan mudah Syam’un memutuskan rantai besi yang mengikat tubuhnya.

Iblis mendatangi kaum kafir, lalu berkata kepada mereka agar memerintahkan isteri Syam’un untuk bertanya kepada suaminya di mana letaknya kelemahan. Setelah dipujuk, Syam’un mengatakan kepada isterinya bahawa kelemahannya ada pada lapan jambul di kepalanya. 

Ketika Syam’un tidur, isterinya memotong lapan jambul suaminya itu lalu mengikatkan pada tubuhnya. Empat jambul digunakan untuk mengikat tangan dan empat jambul lagi untuk mengikat kakinya. Syam’un tidak mampu melepaskan dirinya dari ikatan itu kerana itulah kelemahannya.

Akhirnya, kaum kafir boleh menangkap Syam’un. Lalu mereka menyeksanya. Telinga dan bibir Syam’un dipotong lalu badannya digantung di suatu tiang yang sangat tinggi. Syam’un berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan untuk melepaskan diri dari penyeksaan musuh-musuhnya. 

Allah mengabulkan doa Syam’un, hingga ia melepaskan diri dari tali-tali yang menjerat nya dan menghancurkan tiang yang digunakan untuk meng-gantungnya. Semua kaum kafir mati ditimpa tiang tersebut.

Para sahabat Rasulullah SAW sangat kagum mendengar cerita itu. Mereka bertanya: “Ya Rasulullah, bolehkah kami meraih pahala sebagaimana yang diperoleh Syam’un?”

“Aku sendiri tidak tahu,” jawab Rasulullah SAW.

Kemudian baginda berdoa kepada Allah. Allah mengabul-kannya dengan memberikan malam Lailatul Qadar yang nilainya lebih baik daripada seribu bulan yang digunakan 

Syam’un berjihad di jalan Allah.

Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jika datang malam Lailatul Qadar, malaikat Jibril turun ke bumi diiringi para malaikat yang lain. Mereka memberi salam kepada setiap orang yang berzikir kepada Allah.

Dalam hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah, dikatakan bahawa pada malam Lailatul Qadar, para malaikat turun ke bumi dengan jumlah yang tidak dihitung. Mereka turun dari pintu-pintu langit yang terbuka bagaikan cahaya yang memancar. Terbukalah kerajaan malakut pada saat itu. Bagi orang yang terbuka hijabnya, ia dapat melihat malaikat yang sedang berdiri, rukuk dan sujud kepada Allah sambil berzikir dan bertasbih. Di antara mereka ada yang dapat melihat syurga dan neraka dengan segala isinya.

Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa menghidupkan malam kedua puluh tujuh dari bulan Ramadhan sampai Subuh, hal itu lebih dicintai Allah daripada melaksanakan solat di seluruh malam pada bulan itu.”

Fatimah bertanya: “Ayah, apa yang harus dilakukan oleh orang-orang yang tidak mampu menghidupkan malam itu kerana sakit?”

Rasulullah SAW menjawab: “Mereka tidak perlu menyingkirkan bantal-bantal mereka, hendaklah mereka duduk lalu berdoa kepada Allah pada malam itu. Itu lebih disukai Allah daripada solat umatku pada malam Ramadhan.”

Aisyah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa menghidupkan malam Lailatul Qadar, lalu melaksanakan solat dua rakaat dan memohon keampunan Allah, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan memberikan rahmat-Nya; malaikat Jibril pun akan membelai dengan sayapnya. Barangsiapa yang dibelai sayap malaikat Jibril, ia akan masuk syurga.”

Sumber: Mendidik Hati Mendekati Ilahi oleh Imam Al-Ghazali

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: