Realiti Dunia

“Tidak benar bahawa jika kita mempunyai iman yang kuat, kita tidak akan bersedih. Rasul-Rasul (AS), dan para ulama’ mengalami kesedihan yang amat sangat. Al-Quran sarat dengan kisah-kisah tema utamanya mengenai kesedihan. Kesedihan ialah realiti kehidupan. Al-Quran bukanlah hadir sebagai penghapus kesedihan, tetapi untuk mengemudi kesedihan. Kesedihan merupakan salah satu ujian kehidupan, sama seperti kebahagiaan dan marah itu ujian.” – Nouman Ali Khan

Setiap kejayaan yang kau alami ialah kombinasi dua perkara: usahamu dan bantuan dari Allah SWT. Apabila kau tidak menggandakan usahamu, Allah tidak akan memberikan kau baraka, berkat-Nya.  Dan ada masanya, kau telah memperhebatkan usahamu, tetapi kau tidak dibalas setimpal. Itu juga ialah berkat dari Allah SWT. 

Apabila bencana menimpa, kita mula merasai yang Allah SWT seolah-olah berhutang dengan kita. Allah SWT tidak pernah berhutang apa-apa dengan manusia. Kita ini yang berharap dan bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT. Apa masalahnya jika kehidupan ini tidak sempurna? Kehidupan ini bukanlah syurga.

Semoga Allah SWT tidak membenarkan hati-hati kita ini menjadi keras, semoga Allah SWT menjadikan kita hamba-hamba-Nya yang sentiasa mengingati-Nya, semoga Allah SWT memberi kita sahabat-sahabat yang baik, yang sentiasa menegur apabila kita melakukan kesilapan. Semoga Allah SWT memberi kita kekuatan untuk memberi nasihat yang baik kepada orang-orang di sekeliling kita. Mereka yang mengucap لا إله إلا الله itu lebih  rapat dengan kita berbanding darah daging kita sendiri. لا إله إلا الله itu merapatkan kita umpama saudara. Dan semoga Allah membenarkan kita berkongsi cinta, kasih sayang dan perpaduan dengan umat Islam yang lain dan menunjukkan mereka keikhlasan kita dari hati yang paling dalam. 

Semoga Allah SWT memasukkan nasihat yang baik ke dalam hati-hati yang memerlukan, semoga Allah SWT membuat kita mampu menerima nasihat dan menggunakan nasihat yang diberikan sebaik mungkin dan tidak membenarkan nasihat itu berlalu begitu sahaja kerana ego kita yang tinggi.  Semoga Allah SWT  menjadikan kita mereka yang merendah diri di hadapan-Nya, semoga Allah SWT memaafkan kekurangan kita dan kesalahan yang telah kita lakukan, dan semoga Allah SWT menjadikan kita di kalangan orang-orang yang hatinya sentiasa dibersihkan.

Tahukah kau apa Al-Quran mengajarku? Al-Quran mengajarku bahawa manusia yang paling kaya (Fir’aun) boleh menjadi seorang yang gagal, dan seorang gelandangan (Nabi Ibrahim AS) boleh menjadi seorang yang berjaya. Al-Quran mengajar aku bahawa kejayaan itu tiada kena mengena dengan kekayaan dan kegagalan itu tiada kena mengena dengan kemiskinan. 

Terjemahan daripada Timeless Seeds of Advice oleh B. B. Abdulla

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: