Pemakaian Pelitup Muka Ketika Menunaikan Solat Sunat Aidilfitri Digalakkan

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atas saranan YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd. Naim bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mengadakan perbincangan bersama Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan mengenai  Prosedur Operasi Standard (SOP) pemakaian pelitup muka bagi jemaah yang akan menunaikan solat Aidilfitri di masjid atau surau.

Setelah merujuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), dimaklumkan bahawa SOP Fasa Peralihan ke Endemik yang sedang berkuatkuasa pada masa ini amat menggalakkan pemakaian pelitup muka sekiranya berada di kawasan ramai orang dan sesak.

Memandangkan SOP ini masih berkuatkuasa maka JAKIM ingin menasihatkan kepada semua umat Islam agar mengambil langkah berwaspada dan berhati-hati dengan kawalan kendiri sekiranya mereka berada di mana-mana tempat perkumpulan ramai dan sesak termasuk di masjid dan surau.

Kenyataan Media: Datuk Hajah Hakimah Binti Mohd Yusoff

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: