“Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.”
(Al-Hadid 57:4)
Kalimah-kalimah Allah memberi ketenangan kepada hati orang-orang yang beriman dan orang-orang yang merenungkan Al-Quran. Mengetahui bahawa Allah SWT sentiasa bersama kita dalam segala urusan pada setiap masa adalah salah satu nikmat terbesar yang boleh dimiliki seorang hamba di sepanjang hayatnya. Kerana orang yang dihalang Allah SWT dihalang daripada segala kebaikan; sedangkan orang yang memiliki Allah SWT telah memperoleh segala kebaikan. Allah mempunyai pengetahuan yang tidak terhingga tentang segala urusan kita. Mengetahui perkara ini seharusnya membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada hati kita.
“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.”
(Al-An’am 6:59)
Terjemahan daripada Timeless Seeds of Advice oleh B.B.Abdulla
Leave a Reply