ASMAUL HUSNA – AL-MU’IDU (Yang Maha Mengembalikan) 

Asmaul Husna yang ke-60 ialah Al-Mu’idu yang bermaksud Tuhan Yang Mengembali semula semua makhluk. Setiap makhluk mempunyai penyudah iaitu ajal. Di akhirat kelak manusia akan dikembalikan semula oleh Allah SWT kepada kehidupan kedua yang abadi. Sifat Allah SWT yang Mubdi’ dan Mu’idu menunjukkan bahawa Dialah Tuhan yang Memulakan Penciptaan. Maka Dia juga yang akan Mengulangi Penciptaan setelah dimusnahkan dengan peristiwa kiamat.

Daripada dua sifat Allah Al-Mubdi’ dan Al- Mu’idu maka wajarlah bagi orang-orang yang beriman mengambil iktibar. Justeru manusia diminta berusaha sungguh-sungguh untuk melahirkan sifat-sifat baik pada diri. Sekiranya usaha itu gagal maka hendaklah berusaha sehingga berjaya. Ataupun mereka disarankan memulakan sesuatu kerja yang baik, kemudian sentiasa mengulangi kebaikan itu. Jangan hanya sekali memulakan kerja kemudian berhenti disebabkan putus harapan.

Begitu juga sekiranya seseorang berusaha hendak meninggalkan tabiat buruk, mestilah berusaha sepenuh hati. Sekali usaha tetapi tidak berjaya, maka hendak dikuatkan azam untuk terus mengatasinya sehingga berhasil. Tidak merasa putus asa walaupun telah berusaha berulang kali, namun tekal berusaha tanpa bosan. 

Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: