Sya’ir Mahsyur Al-Imam Al-Syafi’i – Yakin dengan Takdir

Al-Imam al-Syafi’i RH telah mengungkapkan sebuah sya’ir yang masyhur seperti yang diterjemahkan di bawah:

Biarkanlah hari demi hari berbuat sesukanya, 
lapangkan jiwa ketika takdir menetapkan ketentuan (setelah berusaha)

Janganlah engkau tergugat dengan musibah malam yang terjadi,
 kerana musibah di dunia ini tidak kekal abadi

Jadilah seorang lelaki sejati ketika ketakutan menimpa, 
dengan akhlakmu yang bertoleransi dan berintegriti

Banyak manapun aibmu bertebaran di mata makhluk, 
dan engkau ingin ada tirai yang menutupinya

Maka tutuplah dengan tirai kedermawaan kerana semua aib, 
akan tertutup dengan apa yang disebut sebagai kedermawaan

Jangan sesekali tunjuk kehinaan di hadapan musuh (orang-orang kafir), 
sesungguhnya kebanggaan musuh adalah musibah yang sebenar

Jangan berharap pemberian dari Si Bakhil, 
kerana pada api, tidak ada air bagi mereka yang dahaga

Rezekimu tidak kurang dengan sifat tenang (dalam mencarinya), 
tidak juga rezekimu itu bertambah dengan (kesungguhan disebabkan tamak)

Tidak ada kesedihan yang kekal, tidak juga kegembiraan, 
tidak ada kesengsaraan tidak juga kesenangan (yang kekal atasmu)

Jika engkau memiliki hati yang Qana’ah, 
maka engkau dengan raja-raja didunia ini sama sahaja

Sesiapa yang ditimpa kematian, 
maka tidak ada bumi boleh melindunginya tidak juga langit

Bumi Allah itu amat luas, namun, 
tatkala takdir (kematian) turun (menjemput) akan terasa sempit

Biarkan masa lalu pergi (dengan penuh kezaliman) setiap hari, 
tidak ada ubat yang boleh menyembuhkan kematian

Orang yang bermukim ditempatnya bukanlah orang yang cerdik dan beradab, dan juga berehat, 
maka mengembaralah, tinggalkan negerimu (demi menuntut ilmu dan kemuliaan)

Kembaralah, engkau akan mendapati pengganti orang-orang yang engkau tinggalkan,
curahkan segala kesungguhan, kerana lazatnya kehidupan akan terasa setelah kepayahan

Sungguh aku melihat, air yang bertakung akan tercemar lalu membusuk, 
jika air tersebut mengalir, tentu ia akan menjadi elokm jika tidak mengalir ia tidak elok

Dan singa, andai tidak meninggalkan sarangnya, 
niscaya kebuasannya tidak terserlah, (ia akan mati kelaparan)

Anak panah, andai tidak meninggalkan busurnya, 
maka tidak akan terkena sasaran, 

Sang suria, andai selalu terpaku di ufuk,  
nescaya ia akan dicela oleh segenap manusia, sama ada ajam atau arab

Dan biji emas yang terkubur di tempatnya,
hanyalah sebongkah batu tak berharga yang terbengkalai di tempat asalnya 

Demikian juga dengan gaharu di belantara hutan, 
hanya sebatang kayu (tidak bernilai)

Jika gaharu tersebut keluar dari belantara hutan, 
ia menjadi sesuatu yang bernilai tinggi 

Dan andaikata biji itu keluar dari tempatnya,
ia akan menjadi emas yang berharga.

Imam Al-Syafi’i

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perlis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: