Festival Turath Islami Selangor

Festival Turath Islami Selangor yang bakal berlangsung dari 20hb hingga 25hb Mei 2023 ini, akan mengangkat perbincangan dan penghayatan tentang kitab Ihya’ ‘Ulumudin, karya Al-Ghazali, sekaligus menandakan permulaan terjemahan 10 jilid kitab tersebut buat kali pertamanya dalam Bahasa Melayu.

Sebagai langkah membuka peluang kepada rakyat Selangor dan Malaysia untuk meraih manfaat daripada perbincangan kitab ini, Festival Turath Islami Selangor akan menampilkan tokoh ulama antarabangsa tersohor, Syeikh Dr. Ali Jum’ah, mantan Mufti Agung Republik Rakyat Mesir.

Festival ini juga akan menghimpunkan tokoh-tokoh yang berpengaruh dan terhormat di rantau ini dalam bidang mereka seperti Prof. Dr. Aqil Siroj, Dr. Nadirsyah Hosen, serta Baba Ismail Sepanjang dan Baba Hj Ghazali Ahmad dari negara-negara jiran.

Program ini mensasarkan kehadiran seramai 2,500 warga Selangor dan rakyat Malaysia dan merangkumi 7 komponen, termasuk Daurah Afkar Ihya’ ‘Ulumuddin, seminar penghayatan Ihya’ ‘Ulumuddin, serta interaksi bersama pemegang taruh seperti pimpinan pendidikan, ahli akademik, graduan universiti, dan disempurnakan dengan program Muzakarah Ulama Umara.

Festival ini akan dijayakan hasil kerjasama Inisiatif Buku Darul Ehsan dan disiarkan secara langsung melalui laman Facebook Amirudin Shari dan Media Selangor.

Pendaftaran program ini boleh dibuat secara dalam talian. Untuk maklumat selanjutnya, sila layari https://www.turathislamiselangor.com/

Sumber: FB YAB Menteri Besar Selangor

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: