Nikmat Di Dunia Akan Ditanya Di Akhirat

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata yang ertinya: “Rasulullah SAW bersabda, ‘Perkataan pertama yang dikatakan kepada seorang hamba pada hari kiamat ialah, bukankah Aku telah memberi kesihatan kepada tubuh badanmu, dan memberimu minum daripada air yang sejuk?”” (Riwayat al-Tirmizi dan Ibnu Hibban-lafaz Ibnu Hibban. Menurut al-Tirmizi, hadis ini ialah hadis gharib. Tahkik Shahih Ibni Hibban: Hadis ini sahih.)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah dan Abu Sa’id, mereka berkata yang ertinya: “Rasulullah SAW berkata, ‘Seorang hamba akan dihadapkan pada hari kiamat, lalu Allah SWT berkata kepadanya, bukankah Aku telah menjadikan bagimu pendengaran, penglihatan, harta, anak dan Aku tundukkan bagi-mu binatang-binatang ternak dan tanaman, dan Aku tinggalkan engkau berkuasa dan memerintah, maka adakah engkau yakin bahawa engkau akan bertemu dengan-Ku pada harimu ini?’ Dia menjawab, “Tidak.’ Maka Allah SWT berfirman kepadanya, ‘Pada hari ini, Aku melupakanmu sepertimana engkau melupakan-Ku.””(Riwayat al-Tirmizi. Menurutnya, hadis ini ialah hadis shahih gharib)

Pengajaran

  • Allah SWT akan menanyakan kepada hamba tentang segala nikmat yang telah diberikan kepadanya sepanjang hidup di dunia.
  • Orang yang beriman sentiasa meyakini bahawa mereka akan dibangkitkan bertemu Allah SWT di akhirat kelak.
  • Orang yang beriman sentiasa mempersiapkan diri dengan amalan soleh yang akan membantu seorang hamba di hadapan Allah SWT.
  • Menggunakan nikmat yang diberi ke arah jalan yang diredai Allah SWT, bukan jalan yang dimurkai-Nya.

Sumber: Hadis Qudsi, Menelusuri Hikmah di Sebalik Firman Allah SWT, Muhammad Yusuf A Kadir

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: