ASMAUL HUSNA – AL-MUHYI (Yang Maha Menghidupkan) 

Asmaul Husna yang ke-61 iaitu Al-Muhyi yang bermaksud Tuhan Yang Menghidupkan segala makhluk yang mati. Mudah bagi Allah SWT menghidupkan sesuatu yang mati, sedangkan mengadakan sesuatu yang tidak wujud juga mudah bagi-Nya. Inikan pula sekadar menghidupkan sesuatu yang sudah ada.

Allah SWT sebenarnya yang memberikan daya kehidupan kepada segala yang diberikan hak untuk hidup setelah diberikan nyawa kepada makhluk yang selayaknya bernyawa. Allah SWT bukan sahaja menghidupkan makhluk tetapi menyediakan segala keperluan makhluk untuk hidup.

Dengan beriman kepada Tuhan yang bersifat Al-Muhyi setiap orang beriman wajib mempelajari semua ilmu agama. Hanya dengan menguasai ilmu Islam dapatlah seseorang menghidupkan agama dalam dirinya. Apabila peraturan agama telah ditegakkan dalam diri, bererti telah menghidupkan hati yang telah mati. Hati yang mati ialah hati yang tidak berfungsi, tidak kenal dosa dan juga pahala, tidak beriman dengan Allah SWT dan rasul-Nya serta tidak yakin terhadap hari akhirat.

Jika jasad manusia hidup disebabkan adanya roh, maka hati manusia hidup kerana agama. Untuk mengekalkan hati supaya sentiasa hidup dan berfungsi dengan cara mempelajari ilmu agama serta beramal dengannya.

Sumber: Asmaul Husna Dengan Namamu Aku Hidup – Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: