Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) serta gabungan masjid dan surau Jumaat di Wilayah-Wilayah Persekutuan dengan kerjasama pelbagai rakan strategik akan menganjurkan Program “Aidilfitri Malaysia MADANI@Dataran Merdeka” pada 13 Mei 2023 (Sabtu) bersamaan 22 Syawal 1444H, bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Pelbagai menu dan juadah akan disediakan oleh 120 gerai untuk dinikmati oleh para pengunjung. Antara menu utama termasuklah Kambing Golek, Ayam Golek, Nasi Tomato, Nasi Ayam, Lemang dan Rendang, Sate, aneka kuih-muih, buah-buahan dan minuman, McDonalds, Curry Laksa, Dim Sum, Roti Canai dan pelbagai lagi juadah yang menyelerakan. Hidangan makanan kepada pengunjung disediakan secara ‘first come, first served.’
Semua dijemput hadir.
Sumber: JAWI
Leave a Reply