Seni berucap di khalayak ramai bukan sahaja penting dan relevan bagi mereka yang berminat untuk menceburi bidang penyiaran ataupun pengacaraan majlis secara profesional, tetapi skil ini sangat berguna di dalam suasana kerja di setiap peringkat, golongan usahawan serta mahasiswa IPTA/IPTS.
Keberanian menyampaikan idea ataupun melakukan ‘pitching’ itu dapat memberikan kelebihan kepada anda dalam mencapai matlamat kerjaya ataupun perniagaan.
Sudah tentu ada yang berasa gugup, takut atau tidak berkeyakinan apabila berucap di hadapan audiens. Tiada yang pelik mengenai perkara ini. Tahukah anda, ramai pemidato dan pengacara juga pernah berada di tempat yang sama? Lebih-lebih lagi mereka yang bersifat introvert, pendiam dan pemalu.
Di seminar ini, personaliti radio dan TV yang tidak asing lagi, Halim Othman, akan berkongsi tip dan rahsia persediaan, serta bimbingan untuk berucap di khalayak ramai.
Antara pengisian:
- Ilmu asas pengucapan awam
- Tip praktikal menghadapi perasaan gemuruh
- Menggunakan audiens untuk merasa lebih selesa berucap
- Cara-cara memulakan ucapan/pembentangan dengan penuh yakin
- Bercakap secara spontan
- Pelbagai tip dan rahsia pengucapan awam yang lain
Jangan bimbang! Anda tidak perlu tampil ke hadapan jika belum bersedia. Yang penting, program ini bakal membuka jalan untuk anda merasa selesa dan yakin untuk mencuba membuat “presentation”, memberi ucapan, mahupun menjadi emcee untuk majlis di jabatan anda.
Jangan lepaskan peluang keemasaan ini!
BUTIRAN PROGRAM
Tarikh: 10 Jun 2023
Masa: 9.30pg – 1tgh
Tempat: Menara Bangkok Bank. Berjaya Central Park, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Tawaran early bird
Harga jika daftar sebelum 3 Jun 2023: RM180
Harga biasa: RM199
Tempat adalah terhad! Daftar sekarang dengan menghubungi:
Whatsapp: +60123456055
E-mel: yougotrainingmedia@gmail.com
Leave a Reply