Sajian Salai Nismilan di Hay Yan Hu Da Opah’s Kitchen & Garden

Agak unik nama restoran ini, adakah ianya perkataan daripada bahasa asing? Menurut dapatan kami di Internet, restoran ini dinamakan sempena nama dua anak pengasasnya, Hayyan dan Huda yang autistik. Berdepan dengan cabaran kesihatan serius salah seorang daripada ahli keluarga mereka, maka terciptalah restoran ini pada tahun 2018 yang memberikan mereka lebih banyak masa untuk bersama berbanding cara hidup yang sibuk dan bekerjaya. 

Tanggalkan kasut sebelum melangkah masuk

Hay Yan Hu Da merupakan restoran yang mesra kepada mereka yang autistik dan semua pelanggan diminta menanggalkan kasut sebelum melangkah masuk kerana kanak-kanak austistik suka berbaring di atas lantai. Berlatarbelakangkan kehijauan pokok-pokok dan pepohonan, serta langit yang membiru, ruang yang luas di restoran ini memberi ketenangan serta-merta kepada para pelanggannya. 

Restoran Hay Yan Hu Da Opah’s Kitchen & Garden ini terletak di kawasan kampung di Bukit Temiang, yang sebenarnya berada di tengah-tengah bandar Seremban, Negeri Sembilan. Namun, anda tidak akan terasa yang ada sedang berada di bandar apabila anda makan di sini.  

Sejuk mata memandang kehijauan

Hay Yan Hu Da menyediakan masakan nogori yang asli, menggunakan resepi turun-temurun keluarga pengasasnya. Daging salai masak lemak menjadi hidangan utama di sini di samping udang galah masak lemak, asam pedas tetel, ayam kampung goreng, ikan sembilang berlado, sambal udang petai, sambal tempoyak daun, ulam-ulaman sambal belacan dan beraneka lauk-pauk lagi. Sememangnya selera waghih dengan harga yang berpatutan.

Sambal tempoyak daun wajib cuba

Ruang makannya luas, pelanggan boleh memilih untuk menjamu selera di dalam restoran atau di anjungnya yang menghadap kawasan kampung yang menghijau. 

Ruang yang luas untuk pelanggan

Bukan itu sahaja. Selepas menjamu selera dengan masakan Nismilan, Hay Yan Hu Da juga menawarkan berjenis biskut, kek dan pemanis mulut, serta kopi yang sukar untuk diabaikan di ruangan cafe! Cafe di Hay Yan Hu Da menyediakan kek-kek kontemporari seperti kek keju, kek Biscoff, Kek Lobak Merah, Kek Coklat, Brownies, kuih-muih tradisional melayu dan juga bermacam jenis biskut enak untuk pilihan pelanggan.  

Tempat letak kereta tersedia di hadapan restoran, termasuk juga surau dan tandas. 

Hay Yan Hu Da Opah’s Kitchen
44, Jalan Bukit Temiang 1, Taman Bukit Temiang, 70200 Seremban, Negeri Sembilan
Buka Setiap Hari: 11 pagi – 10 malam
Tutup: Isnin

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: