Qadha Di Antara Makhluk

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bertanya: “Tahukah kamu orang yang bangkrap?”

Ya Rasulullah, orang yang bangkrap adalah orang yang tidak lagi mempunyai wang dan harta,” jawab kami.

“(Bukan itu). Orang bangkrap dari umatku adalah orang yang pada hari kiamat membawa pahala solat, puasa dan zakat. Namun dia ini adalah orang yang suka mencaci, menuduh keji kepada orang lain, memakan harta orang lain dan menumpahkan darah. Oleh kerana itu, pahala kebaikan-kebaikannya diberikan kepada si anu, si anu, dan si anu. Akan tetapi, pahala kebaikannya habis sebelum tertebus semua kejahatannya, sampai-sampai ganjaran kejahatan orang lain dibebankan kepadanya, lalu ia dilemparkan ke dalam neraka.

Fikirkanlah bencana apa yang akan menimpa pada hari seperti ini, ketika kebaikan anda tidak terhindar dari penyakit-penyakit riak dan tipuan-tipuan syaitan. Kalau diterima satu saja kebaikan dalam setiap jangka waktu yang panjang, musuh-musuh anda mengintai dan mengambilnya.

Barangkali kalau anda muhasabah diri dan rajin berpuasa dan solat malam, tetapi anda tahu bahawa tidak terlewat satu hari pun melainkan lisan anda selalu sibuk mengumpat sesama muslim, bererti tidak sempurna semua kebaikan anda. Jadi, apalagi dengan kejahatan-kejahatan yang lain berupa memakan barang haram dan syubhat serta lalai dalam melaksanakan ketaatan? Bagaimana anda boleh mengharap kebebasan dari kegelapan pada hari kiamat?

Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW melihat dua ekor kambing saling menanduk. Baginda lantas bertanya: “Abu Zar, tahukah kamu, mengapa mereka saling menanduk?” “Tidak tahu,” jawab saya. Baginda lalu bersabda: “Namun Allah Maha Tahu dan akan memutuskan hukum di antara mereka pada hari kiamat.

Berkaitan dengan firman Allah SWT yang ertinya: “Binatang-binatang yang ada di bumi dan burung yang terbang dengan kedua sayapnya adalah bangsa-bangsa seperti kamu juga.” (Al-An’am 6:38)

Abu Hurairah RA mengatakan bahawa seluruh makhluk akan dikumpulkan pada hari kiamat, termasuk binatang, burung dan segala sesuatu. Kerana keadilan Allah, kumbang tak bertanduk menuntut balas dari kumbang yang bertanduk. Kemudian ia berkata: “Jadikanlah aku dari tanah.” Itulah hari ketika orang kafir berkata: “Alangkah baiknya jika dulu aku menjadi tanah.

Lantas, bagaimana apabila pada hari itu anda melihat lembaran anda tak berisi kebaikan setelah anda terlalu lama dalam kesabaran. Lalu anda bertanya: “Tuhanku, keburukan-keburukan ini telah aku tinggalkan.

Lalu dijawab: “Ini adalah keburukan-keburukan kaum yang kamu umpat, caci dan zalimi di dalam jual-beli, perdagangan, pembicaraan, bincang, pertemuan, tempat belajar dan di dalam interaksi yang lain.

Ibn Mas’ud RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Syaitan telah berputus asa dalam menjadikan berhala sebagai sembahan di tanah Arab. Akan tetapi, ia akan redha kepadamu dengan yang selain itu berupa perbuatan maksiat. Maka, hindarilah kezaliman semampumu, kerana hamba akan datang pada hari kiamat dengan membawa segunung ketaatan. Namun, hamba-hamba yang lain terus-menerus mendatanginya. Mereka berkata, “Tuhanku, si Fulan telah menzalimiku.’ Allah berfirman, ‘Hapuskanlah kebaikan-kebaikan orang itu!‘  Orang-orang terus datang sehingga tidak tertinggal lagi kebaikan orang  itu. Perumpamaannya adalah seperti kafilah yang mendatangi padang pasir tanpa membawa kayu bakar. Mereka lantas berpecah mencari kayu bakar. Mereka tidak henti-hentinya memperoleh nyala api dan melakukan apa yang mereka suka. Demikian pula dosa.”

Itulah firman Allah s.w.t yang bererti: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka pun akan mati. Kemudian pada hari kiamat kamu akan bertengkar di hadapan Tuhan kamu.” (Az-Zumar 39:30-31)

Az-Zubair berkata: “Ya Rasulullah, apakah akan berulang apa yang terjadi pada kami di dunia?” Baginda menjawab: “Ya, perkara itu akan berulang hingga kamu menunaikan hak kepada pemiliknya.” Ilu, az-Zubair berkata: “Demi Allah, perkaranya berat dan semakin berat pada hari kiamat ketika tidak dimaafkan satu langkah pun hingga dibalaskan bagi orang teraniaya dari penganiayaannya.

Anas RA meriwayatkan bahawa dirinya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Allah mengumpulkan manusia dalam keadaan telanjang, lusuh dan bahman.” “Apakah itu bahman?” “Tidak ada sesuatu pun bersama mereka. Kemudian Tuhan memanggil mereka dengan suara yang didengar oleh orang yang jauh seperti yang didengar oleh yang dekat, ‘Akulah Raja, Akulah Yang Maha Berkuasa. Tidak sepatutnya penghuni syurga masuk syurga dan tidak sepatutnya mengambil qisas darinya, sekalipun sekali tamparan.” “Bagaimana kami mendatangi Allah dalam keadaan telanjang dan lusuh?

Dengan kebaikan dan keburukan. Oleh itu, hendaklah kamu takut kepada Allah hamba-hamba-Nya dan hamba-hamba yang zalim kerana mengambil harta mereka, menampakkan keburukan mereka, menyempitkan hati mereka, dan memburukkan rupa di tengah-tengah kumpulan mereka. Jika yang ada di antara hamba dan Allah adalah keharusan keampunan, ia disegerakan. Sedangkan yang bertumpuk kezalimannya tetapi ia telah bertaubat dan sukar meminta keikhlasan orang-orang yang teraniaya, hendaklah memperbanyakkan kebaikan untuk balasan di hari pengambilan qisas. Kebaikan-kebaikan yang ada di antara dia dan Allah bukan dengan keikhlasan yang sempurna tetapi kerana tidak nampak padanya selain Allah. Mudah-mudahan perkara itu akan mendekatkannya kepada Allah s.w.t., sehingga ia memperoleh anugerah-Nya yang disimpan untuk para kekasih-Nya yang beriman dalam menolak kezaliman-kezaliman hamba-hamba mereka.”

Anas juga meriwayatkan hadith dari Rasulullah SAW bahawa ketika dia dan para sahabat sedang duduk, tiba-tiba mereka melihat beliau ketawa hingga nampak giginya. Umar lalu bertanya: “Ya Rasulullah, apa yang telah membuat anda ketawa?” Baginda menjawab: “Dua orang umatku berlutut di hadapan Allah. Orang pertama berkata, ‘Berilah balasan atas penganiayaan saudaraku kepadaku.”  Allah berkata (kepada orang kedua): “Berilah balasan atas kezaliman kepada saudaramu.” Orang kedua menjawab: “Tuhanku, tidak tertinggal sedikit pun kebaikan-kebaikanku.” Allah lalu berkata lagi kepada yang pertama: “Apa yang akan kamu lakukan, tidak tertinggal lagi kebaikannya?”  Orang itu menjawab: “Tuhanku, bebankanlah dosa-dosaku padanya.” 

Tiba-tiba, menitislah air mata Rasulullah s.a.w. Kemudian baginda bersabda: “Itulah hari yang amat dahsyat. Hari ketika manusia memerlukan orang lain yang memikul dosa-dosa mereka.

Maafkanlah Kesalahan & Damaikanlah Yang Berselisih

Selanjutnya baginda bersabda: “Allah berkata kepada orang pertama, ‘Angkatlah kepalamu dan lihatlah keadaan di dalam syurga.”

Dia lalu mengangkat kepalanya dan bertanya: “Tuhanku, aku melihat kota-kota dari perak yang ditinggikan dan istana-istana dari emas yang bertatahkan mutiara. Untuk Nabi yang mana, untuk siddiq yang mana, atau untuk syahid yang mana?

Allah menjawab: “Untuk orang yang mahu membayarnya kepada-Ku.” Orang itu bertanya lagi: “Ya Allah, siapakah dia?” Allah menjawab: “Orang yang mahu memaafkan kesalahan saudaranya.” Orang itu berkata: “Tuhanku, aku telah memaafkannya.

Allah berkata: “Peganglah tangan saudaramu dan ajaklah dia masuk ke dalam syurga.

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kerana itu, takutlah kamu kepada Allah dan damaikanlah orang-orang yang berselisih.

Ini merupakan peringatan bahawa perkara itu hanya diperoleh dengan cara berakhlak dengan akhlak Allah,  iaitu  mendamaikan orang-orang yang berselisih, dan akhlak-akhlak yang lain. Kini renungilah diri anda agar hati anda luput dari dosa penganiayaan atau lembutkanlah hati anda sehingga anda dimaafkan. 

Mencari Kebahagiaan Abadi

Yakinlah anda akan kebahagiaan abadi. Bagaimana mungkin kebahagiaan anda berada dalam keadaan anda menolak ketaatan kepada qadha dan ketertanggalan pakaian keredhaan dari diri anda. Padahal telah dijanjikan kepada anda kebahagiaan yang tidak ada penderitaan sesudahnya dan kenikmatan yang tidak dilingkupi kefanaan. 

Ketika itu, hati anda terbang dalam keadaan senang dan bahagia, serta wajah anda putih dan memancarkan cahaya seperti cahaya bulan purnama. Bayangkanlah anda berjalan di tengah makhluk-makhluk dengan mengangkat kepala dan luput dari dosa. 

Nampak oleh anda indahnya kenikmatan dan sejuknya keredhaan yang berkilauan di dahi anda. Sementara makhluk yang terdahulu dan terkemudian memandang anda dan memandang keadaan anda. Mereka menginginkan kebagusan dan keindahan seperti anda. 

Lalu para malaikat berjalan di hadapan dan belakang anda sambil menyeru sebagai persaksian “Inilah Fulan ibn Fulan, Semoga Allah meredhainya dan dia meredhai-Nya.” Padahal telah dijanjikan kepada anda kebahagiaan yang tidak ada penderitaan sesudahnya dan kenikmatan yang tidak dilingkupi kefanaan. 

Ketika itu, hati anda terbang dalam keadaan senang dan bahagia, serta wajah anda putih dan memancarkan cahaya seperti cahaya bulan purnama. Bayangkanlah anda berjalan di tengah makhluk-makhluk dengan mengangkat kepala dan luput dari dosa. Nampak oleh anda indahnya kenikmatan dan sejuknya keredhaan. Ia telah berasakan kebahagiaan yang tiada penderitaan sesudahnya, selamanya. “Apakah anda mengira bahawa kedudukan ini tidak lebih agung daripada kedudukan yang anda raih dalam hati manusia di dunia kerana riak?

Jika anda tahu bahawa itu lebih baik, bahkan tidak ada bandingannya, bertakwalah untuk meraih kedudukan itu dengan keikhlasan yang jernih dan niat yang tulus dalam muamalat anda dengan Allah. Anda tidak akan memperolehnya kecuali dengan cara itu. Jika terjadi sebaliknya na’uzu billah, keluar dari lembaran anda kejahatan yang anda anggap remeh, padahal di sisi Allah merupakan sesuatu yang besar. Kerananya Dia membenci anda. Dia berkata: “Bagimu laknat-Ku, hai hamba-hamba yang jahat. Aku tidak menerima ibadah-ibadahmu!

Anda tidak mendengar seruan ini kecuali menghitam wajah anda. Kemudian para malaikat murka kerana kemurkaan Allah. Mereka mengatakan: “Bagimu laknat kami dan laknat seluruh makhluk!

Ketika itu malaikat Zabaniyah memukul anda. Ia murka kerana kemurkaan Penciptanya. Lalu ia berkata kasar kepada anda. Mereka memegang ubun-ubun anda dan mengheret anda di tengah makhluk-makhluk. Mereka memandang hitamnya wajah anda dan penampakan kehinaan anda. Sementara anda memanggil kerosakan dan kebinasaan. Mereka mengatakan: “Inilah Fulan ibn Fulan. Allah telah menampakkan keburukan dan kehinaan, lalu Dia melaknatnya dengan keburukan dan kehinaan pula.

Ia kemudian berasakan penderitaan. Ia tidak bahagia selamanya setelah itu. Barangkali itu akibat dari dosa-dosanya yang tersembunyi dari penglihatan hamba Allah, kerana ingin memperoleh pujian, atau kerana takut dinampakkan keburukan di hadapan sekumpulan hamba Allah di dunia dan kemudian ia tidak takut ditimpakan keburukan yang lebih besar di hadapan para penghuni langit. Itulah keadaan anda, tetapi anda tidak berasakan bahaya itu.

Sumber: Mendidik Hati Mendekati Ilahi oleh Imam Al-Ghazali

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: