Langit dan Jenis-Jenis Makhluk

Diriwayatkan bahawa yang pertama kali Allah SWT ciptakan adalah mutiara. Lalu Dia memandangnya dengan pandangan kebesaran. Dia lantas mencair dan bergetar kerana takut kepada Tuhannya. Jadilah ia air.

Kemudian Dia memandangnya lagi dengan pandangan kasih sayang. Lalu sebahagiannya membeku. Kemudian darinya diciptakan Arasy. Lalu Arasy pun bergetar. Selanjutnya Allah menuliskan padanya kalimat, لا إله إلا الله محمد رسول الل Kerananya tenanglah Arasy. 

Sedangkan air dibiarkan dalam keadaannya semula, bergetar hingga ke hari kiamat. Itulah Firman Allah SWT:

“dan adalah Arasy-Nya di atas air.”

(Hud 11:7)

Kemudian air itu berlanggaran dan bergelombang. Darinya naiklah wap. Sebahagiannya naik dan menumpuk di sebahagian yang lain. Padanya ada buih. Daripada buih itu Allah menciptakan langit dan bumi yang berlapis-lapis. Jadilah kedua-duanya rapat. 

Di situ Allah menciptakan angin. Lalu angin itu membelah lapisan-lapisan langit dan bumi, sebagaimana dikhabarkan Allah SWT dengan firman-Nya:

“Kemudian Dia menuju langit, sementara langit itu masih merupakan asap.”

(Fusilat 41:11)

Seorang ahli hikmah berkata: “Allah menciptakan langit dari asap, bukan menciptakannya dari wap. Sebab, asap diciptakan saling mengikat bahagian-bahagiannya, dan menetap hujungnya. Sedangkan wap, bahagian-bahagiannya saling menolak. Itu termasuk kesempurnaan ilmu dan kebijaksanaan-Nya.

Kemudian Allah SWT memandang air dengan pandangan rahmat hingga air itu membeku, sebagaimana yang disebutkan dalam hadis di atas.

Jarak di antara langit dan bumi, demikian pula di antara setiap langit, adalah sejauh perjalanan lima ratus tahun. Seperti itu pula ketebalan setiap lapisan langit. Ada yang mengatakan bahawa langit itu lebih putih daripada susu. 

Namun, langit biru kerana birunya gunung Qaf. Langit itu bernama Raqi’ah. Yang kedua dari besi yang berkilau cahaya dan bernama Faydum dan Ma’un. Yang ketiga daripada tembaga dan disebut Malakut dan Hariyun. Yang keempat adalah dari perak putih, hampir-hampir cahayanya menyilaukan mata, disebut az-Zahirah. Yang kelima dari emas merah dan disebut al-Maznah atau al-Musyirah. Yang keenam dari mutiara berkilau cahaya dan disebut al-Khalisah. Yang ketujuh dari yakut (rubi) merah dan disebut al-Labiyah atau ad-Dami’ah. Disitulah Baitul Makmur yang memiliki empat tiang, iaitu yakut merah, zamrud hijau, perak putih dan emas merah. 

Diriwayatkan bahawa Baitul Makmur itu dari batu akik. Setiap hari 70,000 malaikat memasukinya tanpa keluar lagi sampai hari kiamat. Menurut riwayat yang dipercayai, bumi lebih utama daripada langit kerana para Nabi diciptakan darinya dan dikuburkan di dalamnya. 

Sedangkan lapisan bumi yang paling utama adalah yang paling atas atau permukaannya kerana merupakan tempat orang berilmu mengambil manfaat. 

Daripada Ibn Abbas diriwayatkan bahawa langit yang paling utama adalah bahagian atasnya yang menyambung dengan Arasy ar-Rahman, iaitu al-Kursi, kerana kedekatannya kepada Arasy dan kerana semua bintang yang bermanfaat menetap di situ kecuali tujuh bintang yang bergerak. 

Bintang yang terakhir itu tempat menetapnya ada di tujuh langit. Ia bergerak ke langit ketujuh, iaitu pada hari Sabtu. Jupiter bergerak ke langit keenam pada hari Khamis. Mars bergerak ke langit kelima pada hari Selasa. Matahari bergerak ke langit keempat pada hari Ahad. Venus bergerak di langit ketiga pada hari Jumaat. Merkuri bergerak di langit kedua pada hari Rabu. Bulan bergerak pada langit pertama pada hari Isnin. 

Yang menakjubkan, Allah SWT menciptakan tujuh langit itu dari asap dan masing-masing lapisannya tidak serupa. Dari itu turunnya air hujan. Dengannya, tumbuhlah berbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang berbeza warna dan rasanya. 

Allah SWT berfirman:

“Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya.”

(Ar-Ra’d 13:4)

Allah pun menciptakan anak-anak Adam dengan berbagai tahap: ada yang putih; ada yang hitam; ada yang gembira; ada yang sedih; ada yang beriman; ada yang kafir; ada yang berilmu; ada yang bodoh. Padahal asalnya satu, iaitu Adam. 

Maha Suci Zat Yang menyempurnakan setiap ciptaan-Nya. 

Sumber: Mendidik Hati Mendekati Ilahi oleh Imam Al-Ghazali

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: