Memohon Keampunan Dari Allah Membuka Banyak Jalan

Ibnu Taimiyah berkata: “Apabila aku keliru dalam pemahamanku tentang sesuatu isu  agama, aku segera memohon kepada Allah untuk mengampuniku seribu kali – mungkin lebih sedikit atau mungkin kurang sedikit. Kemudian Allah membuka apa yang tertutup untukku dan memberi aku kefahaman tentangnya.

Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;” (Nuh 71: 10-11)

Salah satu cara untuk menemukan kedamaian hati ialah untuk terus-menerus memohon keampunan daripada Allah. Mungkin dosa boleh bertukar rahmat sekiranya ia menyebabkan manusia kembali kepada Tuhannya dan bertaubat.

Dalam al-Musnad, diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT tidak akan menentukan qada bagi seseorang hamba-Nya, kecuali qada itu baik baginya.” Berkenaan hadis ini, Ibu Taimiyah ditanya, “Walaupun (ketetapan itu) maksiat?” Beliau menjawab, “Ya, jika (maksiat) itu disertai dengan taubat, penyesalan, permohonan maaf, istighfar dan kesedaran (kerana telah melakukannya).”

Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (An-Nisa’ 4:64)

Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran)(Ali ‘Imran 3: 140)

Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.(An-Nazi’at 79: 46)

Aku sentiasa hairan tatkala memikirkan tentang beberapa tokoh sejarah terkenal. Walaupun mereka menghadapi kesusahan, namun bagi mereka kesusahan yang menimpa mereka umpama lembutnya titisan air.

Di barisan hadapan kumpulan elit ini ialah ketua kepada semua penciptaan iaitu Muhammad SAW. Ketika Baginda SAW berada di dalam gua bersama-sama Abu Bakr RA, dengan musuh yang semakin menghampiri, baginda berkata kepada sahabatnya:  

Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita“. (At-Taubah 9: 40) Berita gembira yang tidak kelihatan daripada mulut gua: Wahyu yang memberi kegembiraan kepada dunia. 

Sejurus sebelum tercetusnya Perang Badr, Rasulullah SAW bersungguh-sungguh memakai baju besinya dan berkata: “Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari.(Al-Qamar 54: 45)

Di dalam Perang Uhud, setelah ramai sahabat syahid dan cedera, Rasulullah SAW berkata kepada sahabat baginda: “Beraturlah di belakangku supaya aku dapat bersyukur kepada Tuhanku.”

Ianya merupakan keazaman dan kemahuan seorang Nabi, dengan kehendak Allah, mampu menggoncang gunung-ganang.

Qays ibn ‘Âşim al-Manqari, terkenal di kalangan orang Arab kerana kesabarannya. Sedang beliau menceritakan sebuah kisah kepada beberapa orang sahabatnya, datanglah seorang lelaki memberitahu Qays, “Anakmu telah dibunuh. Anak si fulan ini yang telah melakukannya.” Qays tidak memotong cakapnya, sebaliknya dia terus mendengar berita itu dengan tenang sehingga lelaki itu selesai bercakap, kemudian dia berkata. “Mandikan anakku, kapankan dia, dan izinkan aku menyembahyangkannya.

Dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil.(Al-Baqarah 2: 177)  

Ikrimah ibn Abi Jahl RA diberi air ketika sudah nazak, dan dia berkata, “Berikanlah kepada orang lain.” Terdapat beberapa orang, yang sedang bertarung nyawa, dan setiap mereka mendahulukan orang lain berbanding diri sendiri; dan dengan persahabatan seindah ini, mereka semua pergi menghadap Ilahi. 

Sumber: Don’t Be Sad by Dr A’id Al-Qarni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: