Sarapan Pau Lembut di Restoran Yik Mun, Tanjung Malim

Oleh: Mymuslimin.com

Dibuka kali pertama pada tahun 1926, restoran Yik Mun di Tanjung Malim Perak ini cukup dikenali kerana paunya. Pau putih yang dikukus lembut dengan isi yang lazat, Yik Mun menawarkan inti kari ayam, kaya, kacang merah dan kari daging. Walaupun sering berdepan dengan isu halal, JAKIM menjelaskan bahawa semua produk Pau restoran Yik Mun yang dihasilkan di kilangnya  adalah halal, namun premis restorannya belum memohon status itu. Pau yang sudah menjangkau 100 tahun ini memang menjadi kegemaran ramai warga Malaysia. 

Restoran Yik Mun ini kecil sahaja dan vintaj

Tengok gambar sahaja boleh ‘rasa’ sedapnya pau ini

Jika nak makan masakan lain juga ada

Yik Mun juga menjual kopi 3-dalam-1 jenamanya. Pelanggan boleh mencuba Hainan White Coffee keluaran Yik Mun dan Kopi Tongkat Ali Ginseng sebagai padanan kepada hidangan pau. 

Pau boleh dibawa pulang

Pau di sini sangat popular dan sering dibeli untuk dibawa pulang. Sepaket 12 biji, pau Yik Mun boleh dibawa pulang dengan harga RM36. Stimkan sahaja pau tersebut untuk menikmatinya pada bila-bila masa. 

Kopi Yik Mun juga ditawarkan dalam pek 3-dalam-1

Restoran Yik Mun
6043, Persiaran Slim Permai 8, 35900 Tanjong Malim, Perak

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: