Lelaki Culas Menjaga Kesihatan? 

Oleh: Mymuslimin.com

Kurang mengambil berat tentang kesihatan telah menyebabkan kemerosotan berterusan kesihatan lelaki di seluruh dunia. Gaya hidup yang sibuk dan penuh tekanan ditambah dengan kekerapan mengambil makanan di luar serta minuman bergula memburukkan lagi keadaan. Kaum lelaki juga kurang tumpuan kepada kesihatan diri dan penjagaannya, dan sering meletakkan prioriti kesihatan di tahap paling bawah berbanding keinginan membeli kereta idaman dan gajet-gajet. 

Penyakit Jantung

Di antara penyakit yang banyak menyerang lelaki berbanding wanita ialah penyakit jantung. Terdapat pelbagai jenis penyakit jantung dan semuanya boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang serius dan merbahaya jika tidak dikesan awal. Penyakit kardiovaskular adalah penyebab kematian pertama di Malaysia. Dilaporkan pada tahun 2020, penyakit jantung iskemik (ischaemic heart diseases) kekal menjadi penyebab utama kematian di Malaysia pada 2020, dan 68.6 peratus adalah kematian dalam kalangan lelaki. 

Strok & Tekanan Darah Tinggi

Data strok di negara ini pada tahun 2022 juga menunjukkan peningkatan kes dalam kalangan pesakit muda terutama lelaki berusia pertengahan 30-an hingga 40-an. Statistik menunjukkan peluang lelaki menghidap tekanan darah tinggi adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding wanita dan ini  mempunyai kaitan dengan merokok, lebihan berat badan dan tabiat tidak sihat lain yang lebih lazim dalam kalangan lelaki berbanding wanita.

Penyakit Respiratori

Disebabkan tabiat merokok dan vape, lelaki juga lebih terdedah kepada penyakit respiratori. Kebanyakan penyakit respiratori ini selalunya bermula dengan batuk sedikit-sedikit yang lama kelamaan, boleh menyebabkan masalah kesihata yang boleh mengancam nyawa seperti kanser paru-paru, emfisima, ​​Penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD), dan semua penyakit ini akan menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Kanser paru-paru telah mencatatkan peningkatan mendadak pada tahun 2022 dengan rata-ratanya berumur 40 tahun ke atas di Malaysia, dan kanser paru-paru menunjukkan trend peningkatan berbanding kanser payudara pada tahun 2022. 

Diabetes

Satu lagi penyakit yang kerap menghidapi lelaki ialah diabetes. Jika tidak dirawat, diabetes atau penyakit kencing manis boleh menyebabkan kerosakan saraf dan buah pinggang, penyakit jantung dan strok, juga masalah penglihatan dan buta. Lelaki dengan penyakit diabetes berisiko untuk mati pucuk, dan ini akan menyebabkan masalah kemurungan berpanjangan. Selain keturunan, diabetes disebabkan oleh cara pemakanan yang tidak sihat atau seimbang. Cara terbaik untuk mengawal dan menghindarkan diabetes ialah dengan pemakanan sihat dan bersenam. Untuk mereka yang mempunyai sejarah diabetes di dalam keluarga, adalah  sangat penting untuk mendapatkan saringan dan konsultasi doktor. 

Penyakit Hati 

Penyakit hati juga banyak dihidap oleh kaum lelaki disebabkan gaya hidup yang tidak sihat seperti pengambilan alkohol dan tembakau yang kerap. Organ hati membantu manusia menghadamkan makanan dan menyerap nutrisi ke dalam badan di samping membantu untuk membuang toksik daripada tubuh. Antara penyakit hati yang dijangkiti ialah seperti sirosis, viral hepatitis, penyakit autoimun dan kanser hati.

Kemurungan

Dan beberapa tahun kebelakangan ini, kaum lelaki terdedah kepada kesihatan mental dan kemurungan. Namun, kadar mereka yang mendapatkan kaunseling dan bantuan adalah rendah. Klik di sini untuk maklumat lanjut untuk mendapatkan bantuan Let’s TALK Minda Sihat 

Lelaki moden seharusnya lebih cakna kepada kesihatan diri. Ubahlah gaya hidup dan jadilah lebih proaktif tentang kesihatan anda.  Antara 10 perkara yang boleh dilakukan ialah:

  1. Bebaskan diri daripada rokok dan vape.
  2. Kurangkan pengambilan gula dalam minuman dan makanan. 
  3. Kurangkan makanan yang berminyak, berlemak, lebih garam. 
  4. Kawal kuantiti makanan.
  5. Kurangkan karbohidrat, lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.
  6. Kurangkan tekanan dalam hidup dengan solat, zikir, dan tafakkur.
  7. Eratkan silaturrahim, lebihkan masa bersama keluarga.
  8. Aktifkan diri dengan berjalan dan bersenam.
  9. Rawat jiwa dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran.
  10. Lakukan saringan kesihatan berkala. 

Perubahan yang kecil mungkin membawa impak besar dalam kesihatan kita. Jika tidak boleh buat semua, mulakan dengan satu atau dua dahulu.

Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan masa hidup sebelum tiba masa mati.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: