Hukum Bangun Dari Solat Fardhu Tanpa Berzikir & Berdoa

Amalan berzikir setiap kali selepas solat fardhu adalah amalan yang sentiasa dilazimi oleh Rasulullah SAW. Bahkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fudhalah Bin Ubaid, Rasulullah saw pernah menegur seorang lelaki yang tergesa-gesa berdoa selepas solat tanpa ada pujian kepada Allah dan selawat.