Reviu Nasi Lemak Wanjo mampu membelah masyarakat kepada dua golongan; yang suka dan sebaliknya. Sambal manisnya menggeramkan ramai orang tetapi tegak berdirinya Wanjo selama lebih setengah dekad membuktikan bahawa resepi mereka menepati selera warga kota yang sering menyantuni restoran ini.
PitBoy BBQ, Daging Salai à la Texas Amerika di Bukit Puchong
Di PitBoy BBQ, masakannya diinspirasi oleh resepi bbq Texas, Amerika, dan mereka menggunakan daging halal berkualiti dari Australia yang bukan sahaja lazat tetapi dijual dengan harga berpatutan.
Sarapan Nasi Dagang di Masakan Terengganu Asli, Seri Kembangan
Nama restoran ini tiada kiasan. Terus terang mereka memberitahu bahawa restoran ini menyediakan masakan Terengganu asli. Mana lagi nak dapat makanan Terengganu asli kalau bukan di Restoran Masakan Terengganu Asli, bukan? Bijak.
Terokai Fort Supai, Kota Tersembunyi!
Dikenali sebagai Kota Bukit Supai kerana setelah kota ini siap dibina, pihak Belanda telah menempatkan sepasukan tentera upahan yang dipanggil sipoi (Supai). Selain itu kota ini turut disebut sebagai Kota Meriam Patah kerana di lokasi ini turut telah ditemukan beberapa meriam yang telah patah setelah kota ini tidak lagi digunakan.
Menghirup Asam Pedas di Mimpi Muor, Mutiara Damansara
Berdesing telinga selepas menghirup kuah asam pedas di Mimpi Mour ini! Walaupun pedasnya lebih sedikit berbanding di gerai asam pedas di Muar sendiri, kita hirup sampai licin. Alhamdulillah, asam pedas di sini memuaskan hati dengan ikannya yang segar dan rasa asam pedasnya yang perisa!
Nasi Kandar Basikal Tersangat Suurr-dap!
Restoran Nasi Kandar Basikal ini terletak di Taman Lestari Perdana, Bandar Putera Permai Seri Kembangan. Restoran ini menyediakan lebih 20 pilihan lauk-pauk yang menyelerakan kepada pelanggan-pelanggannya yang tidak putus-putus.
Lempeng Kampung Sedap di Pondok Santapan Larkin, JB
Jika anda ingin bersarapan suasana kampung dengan hidangan kampung di kawasan bandar, singgahlah di Pondok Santapan Larkin di Johor Bahru. Bertempat di Jalan Puyuh, Larkin Jaya, restoran ini menyediakan menu sarapan Melayu kampung yang lazat dan beraneka, rambang mata untuk membuat pilihan!
Sate Daging Sedap di Sate Yus Kajang, Selangor
Walaupun ulasan di Google bercampur-campur tentang sate di Sate Yus Kajang, mymuslimin.com mengambil keputusan mencuba sendiri sate di sini.
Lemak Cili Api Itik Salai Lazat di Restoran Itik Salai Masthar di Nilai, N9
Dari Kuala Lumpur, kami turun ke Nilai, Negeri Sembilan semata-mata untuk menikmati hidangan masak lemak itik salai di Restoran Itik Salai Masthar. Kelazatan itik salai meresap mesra ke dalam kuah lemak cili padi dan daripada suapan pertama sudah memberikan ROI yang tinggi kepada perjalanan kami ke restoran ini.
Berbaloi-baloi Makan di 10 Gram, Cyberjaya!
Restoran 10 Gram Cyberjaya payung banyak selera dengan harga yang mesra dompet. Hidangan di sini menyelerakan dengan ruang yang sangat selesa bagi pengunjung.
The Ultimate Travel Guide For Muslims
Many of us travel during the holidays. Common questions that usually pop up are how to pray when I'm in flight? Can I perform the Jama and Qasar prayer? What is Qasar in the first place? This article intends to help ease your preparations for your travels!
11 Tempat Makan Sedap dan Popular di Johor Darul Takzim
Buat yang bercuti ke selatan tanahair, jemputlah singgah ke port-port makan yang sedap dan berbaloi ini!
Pekena Ikan Bakar di Ikan Bakar Seri Melaka, Jalan Bellamy
Terletak di sebelah kiri Lorong Bellamy yang agak sempit dengan kawasan meletak kereta yang terhad, Medan Ikan Bakar Jalan Bellamy ini mempunyai beberapa gerai yang menawarkan hidangan ikan bakar panas-panas, terus dari pemanggang. Kedai pilihan kami kali ini ialah Ikan Bakar Seri Melaka.
Menikmati Stik Halal Mewah di TTDI MeatPoint
Restoran TTDI MeatPoint ini lokasi yang sesuai untuk meraikan hari-hari istimewa, atau untuk penggemar stik menikmati daging yang dimasak sempurna.
Mengidam Nasi Kandar Saddam
Restoran Nasi Kandar Saddam menyerlah kerana lokasinya yang strategik serta rasa nasi kandar yang lazat sehingga menjilat jari. Tepat sekali slogan yang digunakan restoran ini, “Cuba Sekali Pasti Nak Lagi.”
Sarapan Sate Sedap di ZZ Satay Warisan di Muar, Johor
Bagi kebanyakan orang Malaysia, sate bukan pilihan untuk sarapan pagi. Ianya berlainan bagi warga utara Johor bahagian Muar, Tangkak, Pagoh termasuk sebahagian penduduk Melaka kerana menikmati sate ketika sarapan adalah kebiasaan. Dan, salah satu restoran sate yang sohor di Muar, Johor ialah ZZ Satay Warisan yang bertempat di 13, Jalan Majidi.
Rasa Rempah Unik di Kari Kambing 40 Hari
Kenapa 40 hari? Apa yang 40 hari? Adakah menggunakan daging kambing yang berusia 40 hari? Nampaknya persoalan 40 hari ini masih lagi misteri, tetapi ianya merupakan satu gimik menjadi bagi Restoran Kari Kambing 40 Hari ini kerana restoran ini tidak lekang pengunjung setiap hari.
Murtabak Lagenda di Restoran Zam Zam, Singapura
Singgah ke Singapura dua minggu lepas, tim mymuslimin.com berkunjung ke Restoran Zam Zam untuk menikmati hidangan murtabak dan nasi beriyani yang terkenal di seantero nusantara. Alhamdulillah.
8 Wonderful Waterfront Attractions in Malaysia
Give the malls a rest and take the family out to one of these wonderful waterfront attractions!
Sarapan Johor Unik di Kacang Pool Haji, Johor Bahru
Hidangan Kacang Pool ini merupakan hidangan sarapan unik negeri Johor. Tetapi sejarahnya tidak bermula di negeri ini. Sebaliknya Kacang Pool merupakan makanan Timur Tengah yang dikenali sebagai Ful medames, atau Fūl.