Kenali Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis

Masjid Al Aqsa merupakan salah satu di antara tiga masjid utama umat Islam selepas Masjid Al Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah. Masjid ini juga dikenali dengan nama Masjid Paling Jauh kerana jaraknya dari Masjid Al Haram ialah sekitar 1200km. Masjid Al Aqsa signifikan kepada umat Islam kerana peristiwa Israk Mikraj yang merakamkan perjalanan Rasulullah (saw) dari Masjid Al Haram di Kota Mekah ke Masjid Al Aqsa yang terletak Palestin dalam masa separuh malam. Jom kenali Masjid Al Aqsa.

Kenali Masjid Ahmadiah, Kampung Kepayang

Masjid Ahmadiah ini diberi nama sempena nama Toh Sedewa Diraja Ahmad, pembesar Melayu di kawasan ini dan juga Orang Besar Enam Belas. Kegemilangan perlombongan bijih timah di Kampung Kepayang dan Simpang Pulai pada akhir abad ke-19 telah mencetuskan pembinaan masjid ini oleh Toh Sedewa Ahmad bagi menyatukan penduduk di kawasan Mukim Sungai Raya.

Kenali Masjid Kampung Hulu, Melaka

Dibina pada tahun 1728, Masjid Kampung Hulu di Bandar Hilir, Melaka yang berusia menginjak 300 tahun ini merupakan masjid ketiga tertua di Semenanjung Malaysia. Masih digunakan sehingga hari ini, ianya juga terletak di lokasi asal yang dikelilingi peniaga masyarakat Cina.

Kenali Masjid Omar Ali Saifuddien

Beberapa tahun yang lalu, tim mymuslimin berkesempatan berkunjung ke negara Brunei Darussalam dan melihat sendiri keindahan Masjid Omar Ali Saifuddien yang terletak di sebuah lagun buatan di tepi Sungai Brunei, Bandar Seri Begawan. Masjid yang boleh memuatkan lebih 3,000 jemaah semestinya menjadi tarikan para pelancong kerana senibinanya yang sangat unik dan menawan. Dinamakan sempena Sultan Brunei... Continue Reading →

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑