Menghirup kopi di pagi hari ini sambil menatal media sosial di skrin telefon pintar, terlihat beberapa iklan bufet Ramadan yang telah pun diaktifkan. Sebenarnya, andai kita mahu jujur dengan diri sendiri, ramai daripada kita yang telah tersasar daripada objektif hadirnya Ramadan. Terdetik di hati ini, Ramadan itu masa berpuasa atau bersuka-ria?Jadi mengapa kita mengikut nafsu yang membuak untuk berlebihan dan bermewah tatkala berbuka?
CATATAN PENCINTA KOPI – Menghitung Berkat Allah SWT
Mentaliti mangsa atau victim mentality semakin menyerlah di zaman ini apabila apa sahaja yang berlaku di dalam kehidupan, mangsanya itu adalah diri kita. Apabila kehidupan dilanda halangan, serta-merta kita melihat diri sebagai mangsa, pantas berkongsi duka lara di media sosial supaya ramai insan yang sudi untuk memujuk dan berpihak kepada diri kita, sedangkan sebagai seorang mukmin itu kita perlu menghitung berkat dan rahmat Allah SWT yang tidak kunjung putus dalam kehidupan kita berbanding derita.
CATATAN PENCINTA KOPI – Monotoni Menuju Ilahi
Pernah menonton filem Groundhog Day dibintangi Bill Murray di mana watak utamanya, Phil Connors, terperangkap di dalam gelung masa dan perlu melakukan perkara yang sama, setiap hari selama bertahun-tahun lamanya sehingga beliau melakukan perkara yang betul? Kehidupan seorang mukmin itu sebenarnya persis Groundhog Day.
CATATAN PENCINTA KOPI – Apa Kena Dengan Pemandu Motosikal?
Insiden yang saya alami ini bukan sekali dua, setiap hari saya memerhatikan pemandu motosikal memandu melawan arus, tidak menghiraukan lampu merah, menggunakan laluan pejalan kaki, apa-apa sahaja kelakuannya asalkan ia memudahkan, menjimatkan masa dan minyak motor mereka!
CATATAN PENCINTA KOPI – Keajaiban Berterusan
Oleh: Mimi Zayn Setiap hari aku tidak akan lupa untuk meminta supaya Allah permudahkan segala urusanku. Selain daripada urusan yang telah dirancang, banyak masa aku tidak tahu apa urusan lain yang aku akan lakukan lagi tetapi aku yakin yang aku perlu bersandar kepada-Nya untuk menguruskan kehidupan seharianku.
Ada Ingin Menulis? Hantarkan ke Kolum Catatan Pencinta Kopi di mymuslimin.com
Marilah berkarya dengan kami di mymuslimin.com.
CATATAN PENCINTA KOPI – Mengingati Pencipta Ketika Menghirup Americano
Kopi menjadi peneman pagi. Peneman mesyuarat maya, peneman angan-anganku, pengisi perut yang masih cuba berpuasa selang, detik kopi itu dihirup, pengalaman indah itu membuatkan aku mengingati Allah SWT, betapa diberikan-Nya sehari lagi untuk bernafas, untuk merasai segala nikmat yang Dia kurniakan kepadaku.