Apakah Hukum Memfitnah Orang Kafir? 

Kewujudan media sosial telah menjadikan fitnah berleluasa kerana ada unsur ‘baling batu sembunyi tangan'. Jelas bahawa hukum memfitnah ini ialah haram dan berdosa tetapi ramai yang tidak jelas apakah hukum ini terpakai jika fitnah dilontar ke arah yang bukan Islam. Mari kita baca penjelasan ini supaya kita jelas dan tidak terjebak ke dalam dosa fitnah yang sangat merbahaya. 

9 Doa Indah Untuk Anak-Anak  

Selain menyediakan pemakanan dan pendidikan yang sesuai untuk anak-anak kita, mendoakan mereka juga adalah sebahagian daripada tanggungjawab ibu bapa. Sesungguhnya doa ibu bapa untuk anaknya dimakbulkan. Berikut adalah beberapa doa yang boleh kita baca untuk anak-anak kita.

6 Doa Ketika Kebimbangan dan Kemurungan 

Mengalami kemurungan tidak bermakna seseorang tidak mempercayai Allah SWT dan ketetapan-Nya atau membuatkan seseorang itu kurang keimanan.  Hakikat bahawa seseorang itu masih sangat bergantung kepada Allah, walaupun menghadapi cabaran mental, menunjukkan betapa teguhnya iman yang ada dalam dirinya.

Apakah itu Taqwa?

Sayidina Ali RA berkata: “Taqwa ialah takut kepada Tuhan yang mulia, beramal dengan kitab yang diturunkan. Redha dengan sedikit dan bersiap sedia untuk hari kesudahan.”

Mana Lebih Utama Korban Seekor Kambing Atau Satu Bahagian Lembu?

Bulan Zulhijjah semakin hampir dan pelbagai pihak sedang giat mempromosikan program ibadah korban untuk memudahkan umat Islam turut serta. Sekiranya berkemampuan, pilihan yang mana lebih baik untuk melakukan korban untuk seorang? Adakah menyembelih seekor kambing atau memilih satu bahagian lembu? Ikutilah penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang soalan ini. 

Adakah Hukum Faraid Tidak Adil?

Oleh kerana kurangnya kefahaman tentang hukum faraid, ramai yang keliru dan melabel hukum ini sebagai memihak kepada pihak lelaki. Adakah benar tuduhan ini? Dapatkan penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Apakah Hukum Doktor Lelaki Menyambut Kelahiran Bayi?

Persoalan boleh atau tidak seorang wanita bersalin disambut oleh doktor lelaki ini perlu difahami oleh semua pasangan yang baharu atau pun mereka yang masih tidak jelas mengenainya. Untuk pasangan yang masih ragu-ragu tentang hukum membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran bayi sedangkan di hospital yang sama masih terdapat doktor perempuan, bacalah penjelasan pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang isu ini. 

Memohon Keampunan Dari Allah Membuka Banyak Jalan

Ibnu Taimiyah berkata: "Apabila aku keliru dalam pemahamanku tentang sesuatu isu agama, aku segera memohon kepada Allah untuk mengampuniku seribu kali - mungkin lebih sedikit atau mungkin kurang sedikit. Kemudian Allah membuka apa yang tertutup untukku dan memberi aku kefahaman tentangnya."

Amalan Sunnah Hari Jumaat

Hari Jumaat merupakan hari yang agung disebabkan ia mempunyai banyak kelebihan, keistimewaan dan kemuliaan berbanding hari-hari yang lain. Untuk itu, kita sebagai seorang muslim sama ada lelaki atau wanita perlulah mengambil berat berkaitan perkara ini terutamanya pada hari-hari yang agung seperti hari Jumaat ini agar kita tidak mensia-siakan kebesaran hari tersebut. Daripada Abi Lubabah bin... Continue Reading →

Apakah Hukum Berniaga Di Atas Tanah Orang Tanpa Kebenaran? 

Dalam keghairahan masing-masing untuk memulakan perniagaan seperti menjual nasi lemak, membuka gerai burger, menjual satey dan sebagainya, bolehkah kita membuka gerai di tanah orang lain tanpa mendapat kebenaran pemiliknya? Dan, apakah status pendapatan yang diperoleh dari perniagaan tersebut? Dapatkan penjelasan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang perkara ini. 

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑