Gaya Hidup

Kerjaya: Pengurus Anda Membimbing atau Memerintah?  

Anda pernah mengalami pengurusan mikro? Pengurus mikro selalunya akan mengawal setiap langkah pekerjanya dengan memberi teguran bagaimana tugasan itu boleh dilakukan dengan lebih baik, mengikut cara dia. Apakah kesan pengurusan cara ini kepada kakitangan? Adakah baik atau sebaliknya?

Siapakah Luqman Al-Hakim?

Di dalam Al-Quran terdapat sosok Luqman al-Hakim yang memberi beberapa nasihat kepada anaknya. Nasihat Luqman kepada anaknya itu telah dirakam oleh Allah SWT di dalam Al-Quran al-Karim. Siapakah sebenarnya Luqman al-Hakim?

Benarkah Suami Menanggung Dosa Isteri?

Di antara kewajipan suami ialah memberi nafkah dan mendidik isteri serta anak-anak ke jalan yang diredai Allah SWT. Namun begitu, jika isteri melakukan dosa, adakah sahih suami akan menanggung segala dosa isterinya? Ikuti penjelasan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang hal ini. 

12 Port Sarapan Sedap & Popular Dari Ipoh Ke Johor Bahru

Malaysia bukan sahaja berbilang bangsa, malah berbilang sarapan pagi yang berlainan jenis di setiap negeri. Selain nasi lemak, banyak lagi sarapan menarik di negeri lain seperti sate, dim sum, pau, lontong, lempeng, nasi dagang, nasi kerabu dan sebagainya. Mari kita terokai sarapan yang dinikmati di Malaysia dan kita mulakan dari Perak ke negeri Johor. Jom!

Kerohanian Dalam Islam

Ketika hidup kita hari ini dikelilingi dengan masyarakat materialistik, terdapat peningkatan ketara dalam bilangan mereka yang mencari kerohanian. Islam menawarkan keazaman untuk mengalami pemenuhan rohani. Jadi apakah kerohanian dalam Islam? Bagaimanakah seseorang boleh menuju ke arah kecemerlangan rohani? Mengapakah umat Islam perlu menelusuri jalan ini?

Sarapan Sedap di Canning Dim Sum, Ipoh

Kalau di Muar, bersarapan sate itu biasa. Di Melaka pula, warganya bersarapan roti canai dengan asam pedas ikan. Bagaimana pula di Ipoh? Tentu sekali menikmati dim sum di pagi hari itu budaya! Dan di mana lagi untuk mendapatkan dim sum sedap dan halal kalau bukan di Canning Dim Sum.

8 Cara Membesarkan Anak Lelaki Menjadi Lelaki Sejati

Nasihat ini ditujukan kepada para bapa yang mahu anak lelaki mereka membesar menjadi lelaki sejati. Adalah menjadi harapan saya agar apabila satu generasi mengamalkan cara didikan yang baik, ia dapat memperbaiki kecenderungan lelaki yang tidak matang serta melahirkan generasi lelaki sejati yang baharu. Berikut adalah beberapa cara untuk membesarkan anak lelaki menjadi lelaki sejati.

Bahaya Zon Selesa di Tempat Kerja

Zon selesa adalah keadaan psikologi di mana seseorang berasa selesa di dalam sesuatu jawatan kerana kemahirannya tidak diuji, sentiasa berada di dalam persekitaran dan kemahiran sedia ada, tiada pengalaman atau cabaran baharu yang perlu ditangani, dan semua ini membuatkan pekerja merasakan dia sedang mengawal keadaan dan tiada apa yang perlu dirisaukan. Namun, apabila syarikat menuntut…

Sajian Salai Nismilan di Hay Yan Hu Da Opah’s Kitchen & Garden

Hay Yan Hu Da menyediakan masakan nogori yang asli, menggunakan resepi turun-temurun keluarga pengasasnya. Daging salai masak lemak menjadi hidangan utama di sini di samping udang galah masak lemak, asam pedas tetel, ayam kampung goreng, ikan sembilang berlado, sambal udang petai, sambal tempoyak daun, ulam-ulaman sambal belacan dan beraneka lauk-pauk lagi. Sememangnya selera waghih dengan…

Kecerdasan Buatan (AI) Menggugat Pekerjaan dan Masa Depan? 

Kebelakangan ini pelbagai wacana tercetus tentang kemajuan kecerdasan buatan (AI) yang mampu mengganggu gugat peluang pekerjaan yang melibatkan sumber manusia. Ketika automasi telah melenyapkan kerja-kerja pembuatan dan pengeluaran di kilang-kilang dan di pejabat, kegusaran tentang kewujudan AI di tempat kerja ada asasnya. 

Nasi Ayam Sedap Di Kedai Makan Nasi Ayam Kee Chup, JB

Walaupun restorannya vintaj dengan dekor zaman 70-80an yang mengembalikan nostalgia seperti kalendar lumba kuda dan poster rokok Dunhill sepaket 7 batang RM1.50, Nasi Ayam Kee Chup ini sebenarnya baru sahaja dibuka sebelum pandemik melanda pada tahun 2019. Kerana status viralnya di alam maya, mymuslimin.com singgah mencuba.

Murung? 8 Cara Islam Menanganinya 

Semakin hari semakin ramai yang mudah putus asa, mengalami kemurungan, kesedihan melampau dan natijahnya, hilang semangat untuk meneruskan kehidupan. Sebenarnya Islam itu sarat dengan motivasi tentang kehidupan dan tidak sesekali mengesyorkan agar umatnya bermuram, melayan perasaan, berfikir-fikir tentang perkara yang tidak nyata, dan meneka-neka tentang masa hadapan.

Drama TV, Refleksi Masyarakat? 

Saya tertonton drama TV1 berjudul Kau? CEO Aku? yang ditayangkan ketika hendak menunggu waktu berbuka puasa. Rata-ratanya kita disajikan dengan seribu satu sifat jelik masyarakat kita. Kalau boleh semua perlakuan buruk yang ada dalam masyarakat mahu ditonjolkan ke khalayak di dalam satu drama.

Apakah Hukum Isteri Menolak Nafkah Batin?

Nafkah batin adalah sangat penting di dalam sesebuah perkahwinan tetapi disebabkan gaya hidup masa kini yang menuntut suami dan isteri untuk mencari rezeki, nafkah batin sering diabaikan akibat penat dan tidak berminat. Adakah boleh isteri menolak nafkah batin atas alasan sebegitu atau menipu untuk melepaskan diri? Dapatkan penjelasan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang permasalahan…

Sebesar-Besar Keaiban

Ramai dalam kalangan manusia yang tidak memandang dan memerhatikan kekurangan dan keburukan yang ada dalam diri sendiri. Bahkan, mereka selalu menghitung dan mengira keburukan orang lain. Hindarkanlah diri kerana inilah sebesar-besar keaiban.

Mukmin Hidup Bertemankan Allah

Seorang mukmin tidak mengidap penyakit jiwa yang merbahaya yang menyerang mereka yang tidak beriman, iaitu perasaan keseorangan yang membimbangkan. Iman yang kuat adalah ubat yang terbaik untuk mengubati penyakit yang merbahaya ini dan ia juga merupakan sebaik-baik pengawalan daripada kecelakaan penyakit ini.

10 Lokasi Ikonik Kota London

Ramai warga Malaysia memilih kota London untuk melancong tatkala cuti sekolah. London menawarkan pelbagai lokasi menarik dan ikonik untuk dikunjungi. Mymuslimin.com menyenaraikan 10 lokasi ikonik kota London mesti-pergi kepada mereka yang berhajat untuk ke ibu kota ini. 

Warong Geprek – Bukan Pedas Biasa-Biasa

Orang Malaysia, Indonesia dan Thailand, kalau bercerita tentang makan pedas memang masing-masing berlumba-lumba. Setakat cili padi, ada yang buat ulam sahaja. Jadi, tak peliklah kalau restoran Warong Geprek menggunakan slogan Bukan Pedas Biasa-Biasa untuk menggamit mereka yang gilakan kepedasan sambal untuk mencuba di restoran ini.

Unintentional Joy Killer

Parents unintentionally compare their children’s lack of achievement with another who is more successful. It can be devastating, especially to our children. One happy moment can be utterly ruined by one careless word of comparison.

7  Sebab Mengapa Pekerja Lompat Kerja

Zaman sekarang bukanlah seperti di zaman dahulu di mana semangat setia pekerja kepada syarikat utuh. Seorang pekerja boleh setia berpuluh tahun lamanya. Tenaga kerja baharu lebih senang mengucap bye bye kepada majikan jika pekerjaan yang ditawarkan tidak setimpal dengan usaha yang mereka curahkan untuk jawatan tersebut. Ketahui 7 sebab mengapa pekerja berhenti kerja dan mencari kerja…

Adakah Leteran Pasangan Merbahaya Untuk Kesihatan?

Percaya atau tidak, terdapat banyak kajian yang dibuat oleh universiti di seluruh dunia tentang kesan leteran kepada pasangan. Walau apa pun jenis leterannya, pasangan disaran agar mengurangkan berleter dan kalau boleh, buang sahaja sifat ini daripada perhubungan, kerana, ianyanya meletih dan merimaskan. Sebaliknya lakukan langkah-langkah ini untuk memperbaiki hubungan.

Creating Responsible Children

When school’s out, our children will be spending a significant amount of time at home, over a long period of time. This can be a headache for unprepared parents —and an opportunity for others. One of the opportunities we can seize is to develop their sense of responsibility. Find out how.

Salam Terakhir, Nukilan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Buku ini sarat dengan himpunan nasihat-nasihat seorang bapa kepada anaknya. Langgam bahasa yang digunakan menggambarkan kasih yang mendalam seorang bapa yang mungkin tidak terzahir pada tutur katanya. Di pertengahan perjalanan penulisan buku ini, Dr Zulkifli diuji dengan pemergian anaknya yang dikasihi. Dapatkan senaskah buku ini untuk menyelami perasaan kasih seorang ayah kepada anaknya.

Masih Bersama Walaupun Sudah Tiada Rasa? 

Cetusan kimia, mabuk cinta dan perasaan asyik memang lazim bagi mereka yang baru melangkah ke alam percintaan. Tetapi, adakah perasaan indah ini masih wujud di kalangan pasangan yang sudah bertahun-tahun bercinta tetapi masih belum berumahtangga? Janganlah bercinta lama-lama, dirikanlah perkahwinan kerana itulah yang dituntut oleh agama. 

Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru Kekal Utuh

Reviu Nasi Lemak Wanjo mampu membelah masyarakat kepada dua golongan; yang suka dan sebaliknya. Sambal manisnya menggeramkan ramai orang tetapi tegak berdirinya Wanjo selama lebih setengah dekad membuktikan bahawa resepi mereka menepati selera warga kota yang sering menyantuni restoran ini.

Terokai Fort Supai, Kota Tersembunyi!

Dikenali sebagai Kota Bukit Supai kerana setelah kota ini siap dibina, pihak Belanda telah menempatkan sepasukan tentera upahan yang dipanggil sipoi (Supai). Selain itu kota ini turut disebut sebagai Kota Meriam Patah kerana di lokasi ini turut telah ditemukan beberapa meriam yang telah patah setelah kota ini tidak lagi digunakan.

Sumpah Simpan Rahsia Suami Isteri

Di dalam Al-Quran, Allah SWT menjelaskan bahawa pasangan suami isteri itu ibarat pakaian yang saling menutup keaiban dan melindungi sesama mereka, selain memelihara daripada terdedah kepada anasir-anasir luar yang memudharatkan.

Travelling in Search of Knowledge

If anyone travels on a road in search of knowledge, Allah will cause him to travel on one of the roads of Paradise. The angels will lower their wings in their great pleasure with one who seeks knowledge, the inhabitants of the heavens and the earth and the fish in the deep waters will ask…

KELAB BUKU – Salam Terakhir oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Buku ini menghimpunkan nasihat-nasihat daripada seorang bapa kepada anaknya. Langgam bahasa yang digunakan menggambarkan kasih yang mendalam seorang bapa yang mungkin tidak terzahir pada tutur katanya. Di pertengahan perjalanan penulisan buku ini, penulis diuji dengan pemergian anaknya yang dikasihi. Dapatkan senaskah buku ini untuk menyelami perasaan kasih seorang ayah kepada anaknya.

7 Trend Perhubungan Popular 2022

Kali ini mymuslimin ingin membawakan 7 trend perhubungan popular pada tahun 2022. Bukanlah bertujuan untuk menggalakkan siapa-siapa untuk mencuba tetapi kita jadikan ini sebagai peringatan supaya kita hati-hati dalam menjalin perhubungan dan menjaga batas-batas kita sebagai seorang Islam dalam kita menjalani kehidupan dan perhubungan seharian.  

Kekayaan Orang yang Ingkar hanyalah Istidraj

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Apabila kamu melihat bahawa Tuhan mengurniakan kekayaan dunia, kepada orang yang ‘ashi (ahli maksiat), maka sesungguhnya yang demikian itu merupakan istidraj daripada Allah. Ketika mereka lupa akan ajaran dan peringatan-peringatan, maka Allah bukakan pintu-pintu segala kesenangan dunia. Tetapi di saat mereka terlalu gembira dengan kekayaan itu, tiba-tiba Allah rentap segalanya…

Mengidam Nasi Kandar Saddam

Restoran Nasi Kandar Saddam menyerlah kerana lokasinya yang strategik serta rasa nasi kandar yang lazat sehingga menjilat jari. Tepat sekali slogan yang digunakan restoran ini, “Cuba Sekali Pasti Nak Lagi.”

The Happy Giver

Common sense will tell us that a person receiving something will be happy with their gift. Technically, we should be happy when we receive new toys, the latest mobile phone or a lovely dress. But, is this really true? Ultimately, who’s happier? The giver or the receiver?

Hak-Hak Seorang Isteri

Hak-hak isteri ke atas suami sangat banyak, di antaranya, suami harus memperlakukan mereka dengan akhlak yang baik, menerima dengan sabar perlakuan mereka yang menyakitkan dan menyayangi mereka atas kekurangan.

Hak-Hak Seorang Suami

Berkahwin merupakan bentuk pengabdian seorang isteri kepada suami. Ketaatan kepada suami merupakan kewajipan mutlak bagi seorang isteri, selama ketaatan itu bukan dalam kemaksiatan. Besarnya hak seorang suami ke atas isterinya.

Hikmah Penderitaan

Kesakitan dan penderitaan tidak semata-mata menghasilkan daya negatif, dan ianya bukanlah sesuatu yang perlu dibenci dan dijauhi. Ada masanya, seseorang memperoleh manfaat melalui penderitaan.

Sarapan Sate Sedap di ZZ Satay Warisan di Muar, Johor

Bagi kebanyakan orang Malaysia, sate bukan pilihan untuk sarapan pagi. Ianya berlainan bagi warga utara Johor bahagian Muar, Tangkak, Pagoh termasuk sebahagian penduduk Melaka kerana menikmati sate ketika sarapan adalah kebiasaan. Dan, salah satu restoran sate yang sohor di Muar, Johor ialah ZZ Satay Warisan yang bertempat di 13, Jalan Majidi.

Satu Pagi Di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

Pada tahun 2019 taman ini telah dinaiktaraf sepenuhnya dengan menerapkan pelbagai elemen yang bersesuaian untuk warga kota datang beriadah. Taman ini juga menjadi ikon utama yang mesti dikunjungi para pelancong dari dalam dan luar negara jika berada di Kuala Lumpur.

Romantik itu Sunnah 

Walau sesegak dan segagah mana pun seorang suami, isteri cair dengan sisi romantisnya. Jangan segan untuk menjadi romantik kerana romantik itu sunnah Rasulullah SAW.

Lelaki dan Botak

Menurut kajian di Amerika, lebih 50% lelaki yang berusia 50 ke atas akan mengalami masalah kebotakan ini. Salah satu sebab pola kebotakan lelaki terjadi ini ialah disebabkan oleh genetik atau mempunyai sejarah keluarga yang botak.

Menikmati Masakan Padang di Sederhana

Restoran Sederhana ini merupakan rangkaian ‘makanan segera’ yang menyediakan masakan Padang bermula pada tahun 1972 di lebih 100 lokasi di seluruh Indonesia, dan mempunyai beberapa cawangan di Malaysia, Singapura dan di Timur Tengah.

6 Tanda Anda Sedang Berada di Dalam Perhubungan Toksik

Kadang-kadang kita pelik apabila melihat perkahwinan yang tidak bahagia tetapi kedua pasangan masih kekal bersama walaupun bertengkarnya dua puluh empat jam, berselisih fahamnya sudah bertahun, bermasam muka tiada keserasian sentiasa. Ini kerana, mereka sedang berada dalam perhubungan toksik tetapi keduanya tidak mencari jalan keluar dan membiarkan diri terseksa.

3 Cabaran Orang Muda

Selain cabaran untuk membantu membentuk kepimpinan negara yang diimpikan, golongan muda juga akan mula berdepan dengan cabaran-cabaran lain di dalam kehidupan dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang. Cabaran-cabaran yang akan menguji ketahanan mereka sebagai seorang dewasa yang akan memainkan peranan yang penting di dalam keluarga, masyarakat dan negara. 

Negative Effects of Criticisms

Most parents see criticism as a necessary tool to do the job. They want things to be done within the expected behaviour, time and standard and to encourage and motivate children to do or behave better or to remove themselves from damaging habits and behaviour. However, the children may feel otherwise.

Rahsia Tangisan Seorang Hartawan

Suatu hari, Muawiyah berkunjung ke rumah bapa saudaranya yang bernama Abu Hashim, dilihatnya bapa saudaranya sedang menangis teresak-esak. Muawiyah merasa hairan, gerangan apakah yang menyebabkan Abu Hashim iaitu bapa saudaranya itu berkeadaan demikian. 

Memupuk Gaya Bahasa Komunikasi Lebih Indah

Bagaimana agaknya bentuk penulisan anak-anak muda sekarang ini apabila mereka berkomunikasi dengan ibu bapa, sanak saudara atau mereka yang lebih tua apabila berjauhan? Apakah mereka berkomunikasi sepertimana yang pernah dilakukan oleh generasi saya ketika zaman kami muda dahulu, iaitu menerusi warkah penulisan surat menyurat?

Bertawakkal Bukan Bererti Tawakul (Berserah Tanpa Usaha)

Sesungguhnya tawakal bukanlah ertinya meninggalkan segala sebab musabab yang ditetapkan oleh Allah, menyerahkan kepada-Nya supaya melakukan perkara luar biasa dengan menjadikan langit dari atas kepalanya menurunkan hujan emas dan perak dan bumi di bawah kaki mengeluarkan roti, lauk, minyak dan madu untuknya tanpa perlu berpenat lelah, tanpa usaha, tanpa berfikir dan tanpa bekerja. 

5 Kesan Buruk Ekonomi Gig 

Peluang pekerjaan ekonomi gig memberi pendapatan tunai serta-merta dan masa anjal yang sesuai dengan gaya hidup orang muda. Walaupun keputusan yang diambil ramai orang muda untuk menceburkan diri dalam ekonomi gig tidak salah, ianya tidak matang dan tepat dalam jangkamasa panjang untuk menghadapi masa hadapan yang semakin mencabar.

4 Health Tips That Work

Does the word “health” trigger fear in you because you don’t like to think about what it means for your health—Instead, you just want to feel good and look good. Anyhow, if you’re reading this because you want to improve your quality of life or stay healthy for the long haul (or both!), here are…

26. ASMAUL HUSNA – AL-MUDZILLU (Yang Maha Menghinakan)

Asmaul Husna yang ke-26 ialah Al-Mudzillu yang bermakna Tuhan Yang Menghinakan. Kehinaan yang ditimpakan oleh Allah SWT kepada manusia ialah kejahilan dan kekufuran. Dua perkara inilah yang dipandang terlalu hina. Apabila manusia tidak berusaha membuang kejahilan yang menyelimut dirinya, bererti mereka membiarkan diri untuk jatuh kepada kekufuran dan seterusnya kehinaan.

Buang 8 Sikap Ini di Tempat Kerja!

Tempat kerja ialah tempat kita mencari rezeki. Apabila ditemuduga, selalunya calon akan menjanjikan yang terbaik untuk majikannya. Namun begitu, setelah diterima bekerja, ramai di antara pekerja yang mula menunjukkan sikap buruk yang bukan sahaja akan menjejaskan prestasi kerja, tetapi juga akan menurunkan semangat pekerja lain yang terlibat. Mymuslimin.com menyenaraikan 8 sikap negatif yang biasa berlaku…

Menikmati Peruvian Grilled Chicken di Kopimeo Cafe!

Kami mencari tempat ini kerana mendengar buah mulut orang tentang kelazatan makanannya. Melangkah masuk ke Kopimeo Cafe La Carne, ianya berkonsepkan santai dengan dekor minimalis. Namun, dekorasi restoran tidaklah sepenting tujuan kami datang untuk mencuba Peruvian Grilled Chicken yang diperkatakan orang.

3 Prinsip Kewangan Mudah Untuk Diamalkan

Bebanan hutang, tanggungjawab kewangan, dan bil untuk dibayar setiap bulan, terutama bagi mereka yang menetap di kota, boleh menyebabkan kemurungan dan kebimbangan yang berterusan. Dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ditambah dengan ramalan kewangan tahun hadapan yang tidak memberangsangkan, kita perlu mula mengubah cara hidup dan mengubah sikap tentang cara kita berbelanja dan mengurus…

Belajarlah Untuk Reda

Apa guna mempunyai harta yang banyak, tetapi hidup diselubungi kesusahan. Apa gunanya kaya, jika hidup dipenuhi dengan kesengsaraan dan kerosakan akhlak ahli keluarga, anak yang derhaka, isteri/suami yang nusyuz dan seumpamanya. Tiada erti kekayaan material lantaran ia tidak mampu menjadi medium untuk kita membina kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Lebih malang, apabila dengan rezeki tersebut…

8 Cara Untuk Cemerlang Di Tempat Kerja

Tempat kerja di mana saja ia berada, samada di pejabat atau di samudera raya, merupakan tempat kita mencari rezeki yang halal untuk menampung kehidupan diri dan keluarga. Walaupun setiap bulan kita dibayar oleh majikan untuk tugasan yang telah dilaksanakan, ini tidak bermakna yang kita tidak boleh memberi lebih dan menawarkan diri kita yang terbaik untuk…

Dua Kata-Kata Hebat Penenang Jiwa

Di bawah pemerintahan Al-Ma’mun bin Harun ar-Rasyid, sekelompok Mu’tazilah telah menyesatkannya dengan meyakini bahawa Al-Qur’an adalah makhluk yang Allah cipta, sedangkan Al-Qur’an itu ialah firman Allah dan bukan makhluk-Nya. Kerana mempertahankan kebenaran, Imam Ahmad bin Hanbal berdepan dengan hukuman yang berat daripada pemerintah.

Iman Punca Keamanan

Sesungguhnya manusia takut kepada banyak benda dan bermacam perkara. Tetapi insan mukmin menutup semua pintu ketakutan. Dia tidak lagi takut melainkan kepada Allah SWT. Dia takut kepada Allah kalau dia terlajak dari batas sempadan-Nya atau melakukan pencerobohan terhadap makhluk-Nya.

Carilah Ilmu Untuk Beramal

Imam Al-Shafi’i رحمة الله berkata: “Semua manusia itu mati kecuali mereka yang mempunyai ilmu; dan mereka yang mempunyai ilmu itu sedang tidur, kecuali mereka yang mengamalkannya; dan mereka yang beramal baik sedang ditipu, kecuali mereka yang ikhlas; dan mereka yang ikhlas itu sentiasa berada dalam keadaan kegusaran.”

Pelajari 4 Asas Seni Bahagia

Ada yang mengatakan bahawa kebahagiaan itu seni yang perlu dipelajari, dan jika anda mempelajarinya, anda akan dirahmati di dalam hidup ini. Tetapi, bagaimana cara mempelajarinya?  Pelajari 4 prinsip asas untuk mencapai seni bahagia menurut Dr A’id Al-Qarni.

Awas, Kubur Menunggu

“Wahai anak Adam, apa yang sudah kamu siapkan untuk malam pertama kamu nanti di tanah perkuburan? Tidakkah kamu tahu, ia adalah malam yang begitu mengerikan. Malam yang kerananya para ulama dan orang-orang soleh menangis.”

RM or AM/PM?

While our responsibilities to our work or our business are important, we know we’ve crossed the line when we have to use money to transact love and pay for the lost time with the kids. A better strategy is to strive to find the right balance between work and family.

5 Cabaran Lazim Dalam Kerjaya – Adakah Anda Sedang Mengalaminya?

Setiap pekerja mempunyai impian di alam pekerjaan sebagai contoh jawatan yang diidamkan, atau projek yang disasarkan. Tetapi, dalam masa yang sama, pekerja juga perlu peka dengan cabaran yang akan muncul di sepanjang perjalanan kerjaya yang berpotensi mengugat perjalanan kerjaya masing-masing. Artikel ini mengetengahkan 5 cabaran lazim yang pasti dialami oleh pekerja di sepanjang kerjayanya. 

Lomak Bonar Masakan di Restoran Nelayan, Seremban

Penggemar masak lemak cili padi nismilan akan rambang mata bila berada di Restoran Nelayan, Seremban. Walaupun banyaknya kuah kuning santan berkunyit, protein yang ditawarkan berbeza-beza, cara masaknya juga bukan main pulun satu cara.

Lemah-Lembut Dalam Mencapai Matlamat

Hidup di zaman ini, masyarakat kita sering terdedah kepada nilai-nilai Barat yang bertentangan dengan apa yang dianjurkan Islam. Karakter yang berjaya sering ditonjolkan mempunyai sifat tidak boleh kalah, tidak mengalah, tidak berkompromi, pantas bertindak, bekerja sepanjang masa, pandai berdebat dan tiada sifat lemah-lembut. Lemah-lembut dilihat sebagai satu kelemahan kepada seseorang.  Sebaliknya, Islam lebih mementingkan kelembutan…

Melayari Perkahwinan: Cukupkah Hanya Berbekal Cinta?  

Ketika dilamun cinta, pasangan merasakan dunia ini mereka yang punya. Bila bersama, segalanya sempurna, bahagia dan akan kekal selamanya. Cinta memberi kesan fatamorgana kepada ramai manusia yang menyebabkan kaki tidak berpijak di bumi yang nyata. Walaupun seringnya cinta membawa kepada perkahwinan, namun apabila masalah datang bertalu-talu ke dalam rumahtangga, adakah cinta sahaja mampu bertahan? Mampukah cinta…

Ramen Asam Pedas Telur Mayong di Arang Cafe Melaka, Unik!

Masakan paling popular di negeri Melaka tentu sekalilah Asam Pedasnya. Ketika berada di negeri ini jangan ditanya orang tempatan di mana kedai asam pedas paling sedap, mereka akan menjawab di rumah mak masing-masing. Walaupun begitu, restoran yang menyediakan masakan asam pedas memang banyak di bandar bersejarah ini. Cuma, ada satu yang menawarkan sedikit kelainan dengan…

4 Softskill Yang Menarik Hati Majikan Pada Tahun 2022

Aduhai, dah pergi banyak interview ni, satu pun tak sangkut. Sijil ada, keputusan boleh tahan, nak kata muka toye, tak juga, saya rasa saya comel je, jadi kenapa ye? Saya dah penat berusaha, tapi kenapa tak dapat kerja juga? Inilah masalah utama graduan apabila melangkah ke dunia pekerjaan. Jika dilihat dari sudut sijil dan keputusan, rata-rata…

LENSA MYMUSLIMIN – Masjid Seribu Selawat @ Masjid Terapung @ Masjid Al-Badr, Pulau Pangkor

Kali ini Lensa Mymuslimin singgah ke Masjid Al-Badr atau dikenali sebagai Masjid Terapung atau Masjid Seribu Selawat yang terletak di Kampung Teluk Bharu, Pulau Pangkor, Perak. Masjid ini dibina di atas air laut dan masjid ini merupakan masjid terapung pertama yang dibina di Perak. Dinding-dinding masjid ini dipenuhi dengan ukiran 1,000 selawat di bahagian dalam…

Muslimin, Elakkan 4 Perkara Ini

Dalam buku Don’t Be Sad, Dr A’id Al-Qarni menyenaraikan 4 perkara yang hanya akan membawa kesengsaraan ke dalam hati manusia jika dilakukan. Renungkan 4 perkara ini dan berazamlah untuk tidak melakukannya. Ianya tidaklah sesukar mana, yang penting tekad kita. 

“Bukan Adik Yang Buat!” – Pentingnya Memupuk Budaya Kebertanggungjawaban dalam Keluarga

Apabila ada masalah dalam keluarga, soalan pertama yang diajukan kebanyakan ibu bapa ialah, “Siapa yang buat ni?” Ia kemudiannya diikuti dengan siri kata-kata kasar dan tingkahlaku yang tidak rasional. Apabila keadaan tidak menyebelahi mereka, ramai ibu bapa akan “menyalahkan” dan mula mencari “pesalah”. Mujurlah kita boleh memperbaiki keadaan ini dengan mewujudkan budaya kebertanggungjawaban di rumah.

Instil a Culture of Accountability in Our Family

When something goes wrong in the family, the first question asked by most parents would be, “Who did this?” It is often followed by a series of harsh words and irrational behaviour. When things don’t go their way, many parents go on the “blame” mode and start looking for the offenders. Fortunately, we can reverse…

Turn Our Despair into Hope in Allah

Our emotions are legitimate because they are created by Allah. It is a dangerous statement to make that a believer should never be sad. The Prophets themselves felt sadness; in fact the day of Taif happened in the Year of Sadness! Allah does not ask us to suppress our emotions because they serve a purpose.

10 Akibat Buruk Perbuatan Dosa

Mereka yang kerap melakukan dosa dan kejahatan serta sewenang-wenangnya melanggar syariat Islam pasti akan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT kecuali bagi mereka yang telah bertaubat dengan bersungguh-sungguh ketika masih hidup di dunia ini. Selain itu, apabila kita kerap melakukan dosa dan kejahatan, ini akan membawa akibat buruk ke dalam kehidupan kita sama ada kita sedar atau…

Sehari di Pulau Pangkor – 7 Aktiviti Untuk Anda Sekeluarga

Dengan berkeluasan hanya 18km persegi, Pangkor bukanlah pulau yang besar untuk dijelajahi. Namun, pulau ini sering menjadi tumpuan pengunjung yang ingin merasai suasana pulau tanpa perlu berbelanja besar atau mengambil masa yang lama untuk tiba. mymuslimin.com menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan untuk anda pergi ke Pulau Pangkor balik hari.

10 Asas Bahagia

Bahagia itu bukan dengan adanya wang ringgit yang banyak, harta yang melimpah ruah, serta anak-anak yang banyak dan berjaya. Bahagia itu apabila kita mempunyai jiwa dan hati yang tenang dengan banyak berbuat kebaikan di dunia ini. Fahami 10 Asas Bahagia yang disenaraikan Dr. ‘A’idh al-Qarni untuk dimanfaatkan kita semua.

LENSA MYMUSLIMIN – Masjid Seribu Doa @ Masjid Al-Khairiah, Pulau Pangkor

Kali ini Lensa Mymuslimin merakamkan keindahan Masjid Al-Khairiah atau dikenali sebagai Masjid Seribu Doa yang terletak di Pulau Pangkor. Masjid ini dibina di kawasan yang dihuni penduduk cina, lantas masjid ini dihias bermotifkan oriental, mengambil merah sebagai warna utama. Setiap sudut yang dilihat di masjid ini terdapat seribu doa yang diambil daripada ayat-ayat suci Al-Quran,…

LENSA MYMUSLIMIN – Entopia by Penang Butterfly Farm

Kali ini Lensa MyMuslimin merakamkan flora dan fauna di Entopia, Pulau Pinang, yang dahulunya dikenali sebagai Taman Rama-Rama Pulau Pinang. Entopia lahir daripada gabungan dua perkataan, Entomologi dan Utopia. Entomologi merupakan penyelidikan serangga manakala Utopia pula ialah sebuah konsep rekaan yang menggambarkan suatu dunia khayalan ibarat berada di syurga. Saksikan keindahan Entopia, Subhanallah.

Ketua Yang Baik Ada 8 Ciri Ini

Ada orang dilahirkan mempunyai sifat kepimpinan semulajadi yang menyerlah. Ada orang yang belajar daripada pengalaman dan berusaha untuk menjadi pemimpin yang baik berdasarkan tip-tip yang mereka pelajari. Sifat kepimpinan yang baik akan mewujudkan pasukan yang baik, bervisi, berdisiplin dan mampu mengharungi cabaran yang mendatang dalam melaksanakan tugasan yang diberi.

Buat Apa Marah Kalau Boleh Bersabar

Sifat marah ialah sifat semulajadi yang ada pada setiap manusia. Bukan semua orang mempunyai tahap sabar yang sama. Jika marah tidak dibendung di dalam diri, ia akan mengakibatkan banyak masalah lain di dalam kehidupan seseorang.  Banyak teknik bersabar yang boleh digunapakai dan Islam menganjurkan 4 cara ini mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Mari Turunkan Berat Badan & Jalani Hidup Lebih Sihat

Ramai orang mahu cergas dan mengekalkan berat badan ideal. Malangnya, tidak ramai yang tahu atau ambil tahu apakah cara atau komitmen yang diperlukan untuk mencapai impian itu. Setiap kali tahun baru muncul, 99% daripada kita akan bertekad untuk mengurangkan berat badan tetapi kurang 5% yang komited dan bersungguh-sungguh melakukannya. Mari lihat beberapa nasihat dan tip…

Kisah Duit & Kewangan Keluarga – Bukan Mudah Untuk Dibawa Berbincang

Kewangan atau lebih tepat masalah kekurangan wang adalah antara masalah paling besar dalam kebanyakan rumahtangga. Punca utama yang menyumbang kepada parahnya masalah ini ialah kerana topik ini sensitif dan kurang dibincangkan secara terbuka. Ramai pasangan yang lebih rela sapu masalah kewangan keluarga di bawah karpet dan berpura-pura seolah-olah semuanya baik-baik sahaja. Mymuslimin menyenaraikan perkara yang…

TwtJodoh – Trend Terbaharu Mencari Pasangan

Di zaman datuk nenek kita dahulu, wanita hanya duduk di rumah menunggu keluarga lelaki masuk meminang. Apabila wanita sudah ramai masuk universiti dan menyumbang kepada ekonomi, pemikiran lebih moden, lantas lebih selesa mencari pasangan sendiri dan tidak lagi ingin bergantung kepada padanan keluarga. Sekarang, lain pula trendnya. Golongan muda zaman ini lebih proaktif dengan mengiklankan…

MODENAS Lancar Ninja, Ninja 250 ABS, Z250 ABS

Edaran MODENAS selaku pengedar baharu motosikal jenama Kawasaki baru-baru ini secara rasmi mengumumkan kemunculan semula jenama Kawasaki di Malaysia menerusi pengenalan tiga model – Ninja 250, Ninja 250 ABS dan Z250 ABS. Kesemua model MODENAS ini boleh didapati di semua wakil pengedar sah Kawasaki bermula 1 Ogos ini.

Umpama Telur Di Hujung Tanduk: 7 Masalah Perhubungan Yang Sukar Dipulihkan

Perkahwinan itu sebenarnya menuntut lebih daripada cinta untuk berjaya kerana apabila dua individu hidup bersama, cabaran yang dihadapi tidak sama ketika belum berumahtangga. Apabila kita merelakan individu lain ke dalam hidup kita dan berkongsi suka, duka, dan segalanya, bermacam perkara boleh berlaku yang menyebabkan kita rasa sudah tidak serasi bersama, dan akhirnya memilih untuk mencari…

Ayuh Lelaki, Belajar Cara Cerdas Emosi

Emosi selalu dikaitkan dengan wanita sedangkan lelaki juga punya perasaan. Ramai yang beranggapan kaum lelaki tiada hati, lasak dan kurang emosi. Dengan memiliki kecerdasan emosi, lelaki mampu mengenali, bijak mentafsir, kemudian bertindak balas dengan baik kepada apa yang mereka rasa. Mari Kenali 8 Ciri Lelaki Cerdas Emosi.

7 Perangai Lelaki Yang Wanita Senangi

Dalam memilih pasangan hidup, bukan lelaki sahaja yang perlu berkenan akan pasangannya. Wanita juga diberi pilihan untuk memberi kata putus samada setuju atau tidak untuk memeterai sesebuah perkahwinan. Bagi lelaki yang sedang aktif mencari pasangan hidup, mymuslimin.com menyenaraikan 7 perangai lelaki yang kaum Hawa senangi pada bakal pasangannya. Jika perlu memperbaiki diri, berusahalah mulai hari…

Nasi Lemak Depan Kubur – Sedap Berhantu!

Untuk warga kota yang ingin mengubah angin di hujung minggu tetapi tidak boleh bercenggang daripada nasi lemak sebagai sarapan, mymuslimin.com ingin mencadangkan restoran Nasi Lemak Depan Kubur yang membuat anda tidak kisah memandu sebentar dan membayar tol untuk sampai ke sini.

Ketahui Adab Menziarah Orang Sakit

Tatkala kita semua berdepan dengan pendemik Covid yang berlaku di seluruh dunia semenjak dua tahun yang lepas, jumlah mereka yang sakit di sekeliling kita semakin meningkat. Sebagai muslimin, kita perlulah cakna dan menjalankan tanggungjawab kita untuk menziarahi saudara kita yang diuji dengan kesakitan. 

Tsutaya Books di Pavilion Bukit Jalil Bukan Sekadar Buku

Peminat buku kini mempunyai satu lagi destinasi mesti-pergi dengan pembukaan Bukit Jalil Tsutaya Books di Pavilion Bukit Jalil pada 7 Julai 2022. Dengan keluasan 2,880 meter persegi, Tsutaya Books menawarkan lebih 264,000 buku, barangan gaya hidup dan peralatan tulis halus, serta cafe bagi pengunjung memesan minuman dan makanan ketika menikmati pengalaman di premis tersohor ini. 

Mencari Pendapatan Barakah – Elakkan 6 Perkara Ini

Pendapatan yang barakah tidak dapat diterangkan secara logik akal, mengapa mereka yang berpendapatan tidak sebanyak mana pada pendapat ramai tetapi cukup segalanya, tiada terasa kesempitan rezeki. Manakala, mereka yang secara zahirnya memperoleh lebih tetapi seringkali terasa tidak cukup dan sering ditimpa keresahan. Apabila seorang muslimin keluar mencari rezeki, Islam menggariskan adab-adab yang perlu dipatuhi.

Mencari Sakinah Dalam Perhubungan

Untuk menghasilkan sakinah dalam perkahwinan, suami dan isteri perlulah belajar untuk memahami perbezaan dan sumbangan masing-masing dalam perhubungan. Berusahalah untuk mengenali pasangan kita dengan lebih dekat. Proses ini tidak mudah atau cepat.

Blog at WordPress.com.

Up ↑