Asmaul Husna yang ke-24 ialah Ar-Rafi’ yang bermaksud Tuhan Yang Meninggikan. Ia adalah lawan kepada Al-Khafidh. Jika Allah SWT telah merendahkan atau menjatuhkan, maka Dia juga akan berkuasa menaikkan atau mengangkat darjat seseorang.
4. ASMAUL HUSNA – AL-MALIK (Yang Maha Merajai)
Al-Malik bermaksud Raja. Allah SWT adalah sebenar-benar Raja. Pencipta langit dan bumi serta seluruh angkasaraya dan berkuasa di atas ciptaan-Nya.
2. ASMAUL HUSNA – AR-RAHMAN (Yang Maha Pemurah)
Kasih sayang Allah SWT itu maha luas, dan tidak terbanding dengan kasih sayang yang ada dalam diri manusia. Salah satu nama Allah ialah Ar-Rahman yang membuktikan bahawa Allah SWT itu amat luas kasih sayang-Nya kepada makhluk yang diciptakannya, termasuklah manusia. Rasulullah SAW telah dinisbahkan sebagai kekasih Allah SWT. Hatta, telah disediakan syurga untuk mereka mendapat kasih sayang Allah SWT sebagai pembalasan abadi.
ASMAUL HUSNA
Asmaul Husna merupakan kumpulan 99 nama Allah SWT yang terbaik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. mymuslimin akan membawakan Siri Asmaul Husna agar kita lebih mengenali dan memahami sifat Allah Jalla Jalalah.