Nasi Briyani Ayam Madu di Restoran Mahbub di Bangsar ini cukup popular kerana rasanya yang lazat. Ayam Madu diadun sempurna dengan rasa yang seimbang, ditambah kuah dal dan acar timun, asyik untuk dinikmati.
Nasi Briyani Gam An Nur – Briyani Paling Sedap di KL!
Peminat briyani gam dan hidangan masakan Johor, mymuslimin.com mencadangkan Nasi Briyani Gam An Nur yang terletak di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dikenali sebagai Briyani Johor Paling Sedap di KL, Nasi Briyani Gam An Nur memenuhi jangkaan!
Restoran Briyani Asif – Briyani Mantap!
Dah biasa dengan briyani Johor, jom kali ini kita ubah ke briyani Pakistan asli. Restoran Briyani Asif yang terletak di lokasi mewah di Kuala Lumpur ini memang menjadi pilihan mymuslimin.com kerana harganya berpatutan dan rasanya yang mantap.