Masa Untuk “Upgrade” Puasa Kita

Bila umur telah pun bertambah, puasa di bulan Ramadan, bukanlah sekadar menahan lapar dan dahaga. Dengarkan sedutan Tazkirah Jumaat ini Oleh Ustaz Mohd Hasnol di Masjid Talhah Bin Ubaidillah, Alam Sutera, Bukit Jalil.

Niat Puasa Ramadan

Mymuslimin.com mengucapkan selamat menyambut Ramadan dan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di Malaysia dan di mana sahaja anda berada. Bagi mereka yang ingin menyemak semula niat berpuasa harian dan bulanan, kami sertakan di sini untuk memudahkan. Semoga bermanfaat.

CATATAN PENCINTA KOPI – Ramadan itu Masa Berpuasa atau Bersuka-Ria?

Menghirup kopi di pagi hari ini sambil menatal media sosial di skrin telefon pintar, terlihat beberapa iklan bufet Ramadan yang telah pun diaktifkan. Sebenarnya, andai kita mahu jujur dengan diri sendiri, ramai daripada kita yang telah tersasar daripada objektif hadirnya Ramadan. Terdetik di hati ini, Ramadan itu masa berpuasa atau bersuka-ria?Jadi mengapa kita mengikut nafsu yang membuak untuk berlebihan dan bermewah tatkala berbuka?

Riyadhah dan Hawa Nafsu

Yahya ibn Mu'az ar-Raz r.a. berkata: "Perangilah nafsu anda dengan ketaatan dan riyadhah." Riyadhah itu adalah mengurangkan tidur, sedikit bicara, menanggung derita dari gangguan orang lain dan sedikit makan. Cahaya hikmah adalah lapar, sedangkan kenyang akan membuat jauh dari Allah.

Puasa Hari Arafah

Hari Arafah tahun ini jatuh pada hari Sabtu 9 Zulhijjah bersamaan dengan 9 Julai 2022. Semoga kita semua dapat menunaikan ibadat puasa di Hari Arafah dan memperoleh segala kebaikan yang dijanjikan. Insya Allah.

Blog at WordPress.com.

Up ↑