LENSA MYMUSLIMIN – Masjid Seribu Selawat @ Masjid Terapung @ Masjid Al-Badr, Pulau Pangkor

Kali ini Lensa Mymuslimin singgah ke Masjid Al-Badr atau dikenali sebagai Masjid Terapung atau Masjid Seribu Selawat yang terletak di Kampung Teluk Bharu, Pulau Pangkor, Perak. Masjid ini dibina di atas air laut dan masjid ini merupakan masjid terapung pertama yang dibina di Perak. Dinding-dinding masjid ini dipenuhi dengan ukiran 1,000 selawat di bahagian dalam mahupun di luar masjid. Masjid yang mampu memuatkan seramai 1,500 orang dalam satu masa ini telah dirasmikan pada 8 Jun 2017.

Sehari di Pulau Pangkor – 7 Aktiviti Untuk Anda Sekeluarga

Dengan berkeluasan hanya 18km persegi, Pangkor bukanlah pulau yang besar untuk dijelajahi. Namun, pulau ini sering menjadi tumpuan pengunjung yang ingin merasai suasana pulau tanpa perlu berbelanja besar atau mengambil masa yang lama untuk tiba. mymuslimin.com menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan untuk anda pergi ke Pulau Pangkor balik hari.

LENSA MYMUSLIMIN – Masjid Seribu Doa @ Masjid Al-Khairiah, Pulau Pangkor

Kali ini Lensa Mymuslimin merakamkan keindahan Masjid Al-Khairiah atau dikenali sebagai Masjid Seribu Doa yang terletak di Pulau Pangkor. Masjid ini dibina di kawasan yang dihuni penduduk cina, lantas masjid ini dihias bermotifkan oriental, mengambil merah sebagai warna utama. Setiap sudut yang dilihat di masjid ini terdapat seribu doa yang diambil daripada ayat-ayat suci Al-Quran, hadis Rasulullah SAW dan juga doa daripada ulama muktabar. Asmaul Husna di tiang masjid ini pula ditulis dalam kaligrafi cina yang ringkas tetapi sangat menarik.

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑